Utusan Borneo (Sarawak)

LFA BERSEDIA SEBAGAI VENUE AGM FAS

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Persatuan Bola Sepak Bahagian Limbang (LFA) berbesar hati atas pemilihan Limbang sebagai venue utama Mesyuarat Agung (AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) di sini pada 27 Oktober depan.

Presidenny­a, Dr Abdul Rahman Ismail berkata LFA memberi kerjasama sepenuhnya kepada FAS bagi memastikan mesyuarat berjalan lancar.

Menteri Muda Pertanian itu berharap pada masa sama FAS dapat melihat perkembang­an b o l a sepak di Bahagian Limbang khususnya dari segi pemilihan pemain-pemain.

“Limbang mempunyai ramai pemain berbakat bukan sahaja di peringkat negeri malah kebangsaan dari aspek pemilihan untuk pemain negeri.

“Kita berharap lebih ramai anak Limbang dikenal pasti untuk menjalani pemilihan pe- main,” katanya pada Piala Limbang bagi merebut Piala Awang Tengah Ali Hasan membabitka­n perlawanan antara Pasukan Awat-awat FC dan Real Perbems di Kompleks Sukan Limbang di sini petang kelmarin.

Turut sama Timbalan Presiden LFA Frederick Lalong, Naib Presiden LFA Bulhaji Wahab, Ketua Kampung Lubuk Pangi yang juga Pengurus Real Perbems, Hussaini Mohamad dan jawatankua­sa penganjur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata pemain-pemain Limbang mempamerka­n prestasi terbaik sejak Liga Limbang dijalankan pada

2 0 0 6 sehingga kini.

“Liga Limbang diadakan secara berterusan membabitka­n Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Awang Tengah, Piala Veteran dan Piala Belia,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, LFA turut memasang harapan menjadi tuan rumah Piala Belia dan Piala Sarawak menjelang 2020.

Sementara itu, sebanyak sembilan pasukan termasuk satu pasukan dari Sipitang Real Perbem bersaing merebut kejuaraan Piala Pusingan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kali ini.

Juara bakal membawa pulang wang tunai sejumlah RM5,000 dan Piala Pusingan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Manakala pasukan naib juara meraih wang tunai RM3,000 dan piala serta ketiga bersama menerima RM1,000 dan piala.

Limbang mempunyai ramai pemain berbakat bukan sahaja di peringkat negeri malah kebangsaan dari aspek pemilihan untuk pemain negeri. Dr Abdul Rahman Ismail Presiden LFA

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Frederick (berdiri belakang sepuluh kiri), Bulhaji, Dr Abdul Rahman dan jawatankua­sa penganjur bersama pasukan Awat-awat FC dan Real Perbems di Kompleks Sukan Limbang.
UNTUK KENANGAN: Frederick (berdiri belakang sepuluh kiri), Bulhaji, Dr Abdul Rahman dan jawatankua­sa penganjur bersama pasukan Awat-awat FC dan Real Perbems di Kompleks Sukan Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia