Utusan Borneo (Sarawak)

Amal gaya hidup sihat

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengajak masyarakat untuk mengamalka­n gaya hidup sihat bagi menentang penyakit jantung.

Berucap pada sambutan Hari Jantung Sedunia di Saradise di sini semalam, Tun Taib berkata masalah obesiti dan diet tidak sihat semakin biasa dalam kalangan kanakkanak dan golongan muda.

Masalah ini katanya, jarang berlaku pada suatu ketika dahulu, tetapi ia menjadi semakin biasa pada hari ini kerana masyarakat semakin susah untuk melakukan aktiviti senaman.

“Saya gembira mengetahui bahawa Yayasan Jantung Sarawak telah menaja Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk menjalanka­n penyelidik­an berkaitan obesiti dalam kalangan kanak-kanak prase-

Saya gembira mengetahui bahawa Yayasan Jantung Sarawak telah menaja Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk menjalanka­n penyelidik­an berkaitan obesiti dalam kalangan kanakkanak prasekolah berikutan peningkata­n obesiti dalam kalangan mereka.

kolah berikutan peningkata­n obesiti dalam kalangan mereka.

“Pihak yayasan giat melaksanak­an pelbagai program berkaitan kesihatan jantung dan di sinilah entiti korporat boleh membantu dengan memasukkan program menentang penyakit jantung sebagai tanggungja­wab sosial korporat mereka,” katanya.

Tambah Tun Taib, beliau gembira menyertai lebih 2,000 peserta untuk meraikan sambutan Hari Jantung Se- dunia 2018 semalam kerana ia memberi peluang untuk senaman bersama.

Selain itu katanya, program ini juga adalah untuk menunjukka­n sokongan anda kepada objektif utama Yayasan Jantung Sarawak menimbulka­n kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk jantung yang kekal kuat dan sihat.

“Kita semua tahu bahawa kita mesti keluar daripada gaya hidup tertentu kita dan terlibat dengan aktiviti yang baik untuk jantung kita.

“Saya menggalakk­an kita semua untuk mula dengan mempelajar­i mengenai penyakit jantung dan jalani gaya hidup sihat, kerap bersenam serta amalkan pemakanan yang sihat.

“Selain itu penting untuk kita melakukan pemeriksaa­n kesihatan yang dan bukannya menunggu tanda-tanda penyakit yang mana mungkin adalah terlambat untuk dirawati,” katanya yang juga pengerusi Yayasan Jantung Sarawak.

Pada sambutan itu semalam, Tun Taib serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib turut menyertai peserta dalam aktiviti berjalan kaki.

Turut serta dalam program tersebut, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai serta yang lain.

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

 ??  ??
 ??  ?? HIDUP SIHAT: Para peserta Larian Farley kelihatan ceria dan bersemanga­t sebelum dilepaskan di Sibu, semalam.
HIDUP SIHAT: Para peserta Larian Farley kelihatan ceria dan bersemanga­t sebelum dilepaskan di Sibu, semalam.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? SENAMAN: Peserta melakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi SENAMAN: Peserta melakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? SIHAT: Tun Taib dan Toh Puan Ragad menyertai lebih 2,000 peserta dalam aktiviti berjalan kaki sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2018 di Saradise, Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi SIHAT: Tun Taib dan Toh Puan Ragad menyertai lebih 2,000 peserta dalam aktiviti berjalan kaki sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2018 di Saradise, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia