Utusan Borneo (Sarawak)

Angka kematian feri Tanzania meningkat lebih 200 mangsa

Televisyen negara memetik laporan saksi bahawa terdapat lebih 200 penumpang menaiki feri pada hari kejadian

-

NAIROBI: Angka kematian bagi sebuah feri penuh sesak yang karam di Lake Victoria meningkat kepada lebih dari 200 orang kelmarin, dengan beberapa mangsa telah dikenal pasti oleh saudara-mara yang bersedih, ketika anggota penyelamat menemui seorang mangsa terselamat yang bernasib baik dari kemalangan itu.

Anggota penyelam meneruskan pencarian mereka di kawasan perairan sekitar rangka kapal yang terbalik disaksikan oleh orang ramai yang cemas berkumpul hanya beberapa meter jauhnya di tepi pantai Ukara Island, di mana feri tersebut telah dijangka akan berlabuh ketika ia bergerak tiba-tiba dan karam pada Khamis lepas.

“Kami berasa kesal bahawa pada masa sekarang terdapat 209 kematian secara keseluruha­n, 172 daripada mereka telah dikenal pasti oleh ahli keluarga mereka,” menurut Menteri Pengangkut­an Isack Kamwelwe semasa satu sidang media yang disiarkan oleh televisyen awam TBC 1.

Walaupun harapan mulai pudar untuk menemui lebih ramai mangsa terselamat pada hari ketiga bagi usaha pencarian, para pekerja telah menyelamat­kan seorang jurutera yang berjaya mengesan satu ruang udara di dalam kapal.

Joseph Mkundi, seorang anggota perundanga­n bagi daerah Ukerewe, memberi- tahu AFP bahawa jurutera itu telah mengurung dirinya sendiri di dalam sebuah “bilik khas.”

Gabenor wilayah Mwanza, John Mongella menyatakan pasukan pencari sedang menunggu ketibaan sejenis “peralatan” untuk menterbali­kkan kapal malang itu bagi mempercepa­tkan pencarian.

Televisyen negara memetik beberapa saksi melaporkan bahawa lebih dari 200 orang telah menaiki feri di Bugolora, sebuah pekan di Pulau Ukerewe. Ia adalah hari jualan pasar, yang selalunya melihat kapal–kapal penuh sesak dengan penumpang dan barangan.

Beberapa saksi memberitah­u AFP feri itu karam ketika para penumpang berebut ke satu bahagian untuk keluar semasa ia menghampir­i pelabuhan. Mereka yang lain mempersala­hkan kapten, menyatakan dia telah melakukan tindakan kasar.

Beberapa keranda kayu disusun di atas pantai kelmarin, menunggu untuk dilihat oleh anggota keluarga mangsa semasa pekerja sukarela dan pihak polis yang menggunaka­n topeng muka putih cuba untuk mengendali­kan ratusan penduduk tempatan yang gelisah di tepi pantai, menghalang rusuhan.

Aisha William datang untuk menuntut mayat suamuinya.

“Beliau pergi pada Selasa lepas pada kira-kira waktu tengah hari, namun beliau tidak pernah pulang ke rumah. Saya tidak mengetahui bagaimana saya akan menjaga dua anak saya,” jelas beliau.

Sebastian John, seorang guru, menyatakan tragedi sebegitu telah menjadi sebahagian dari kehidupan bagi mereka yang tinggal di kawasan tasik.

Ahmed Caleb, seorang peniaga berusia 27 tahun, menyatakan bagi satu tragedi “mungkin dapat dicegah. Saya telah kehilangan ketua saya, teman- teman, orang yang bersama dengan saya ke sekolah,” kata beliau sambil mengeluh.

Agensi Bekalan Elektrik, Mekanikal dan Perkhidmat­an di Tanzania, yang bertanggun­gjawab bagi perkhidmat­an feri, menyatakan ia tidak mengetahui berapa ramai penumpang yang berada di dalam MV Nyerere.

Kapal yang sudah usang itu, di mana rangka kapal dan kipas kapal sahaja yang masih kelihatan selepas ia terbalik, yang turut membawa kargo, termasuk beberapa guni jagung, pisang dan simen, ketika ia karam kira-kira 50 meter dari pelabuhan Ukara.

Presiden Tanzania John Magufuli pada Jumaat lepas telah mengarahka­n penahanan pihak pengurusan feri.

Dalam satu ucapan yang disiarkan di dalam televisyen awam TBC 1, Magufuli menyatakan “ia jelas kelihatan bahawa feri itu terlalu penuh.”

Beliau menambah: “Kecuaian telah melibatkan kita kehilangan begitu banyak nyawa...kanak-kanak, ibuibu, pelajar dan orang tua.

“Saya telah mengarahka­n penahanan semua mereka yang terlibat dalam pengurusan feri itu. Penahanan telah pun dimulakan,” tambah beliau.

Presiden turut mengumumka­n hari berkabung negara selama empat hari dan menyatakan pihak kerajaan akan menanggung kos pengebumia­n mangsa.

Punca bagi kemalangan adalah masih lagi belum jelas, namun keadaan yang terlalu penuh sering kali dipersalah­kan bagi insiden seperti ini.

Presiden Rusia Vladimir Putin dan para pemimpin dari Uganda dan Kenya telah menyampaik­an ucapan takziah mereka, sementara Pope Francis di dalam satu kenyataan menyuaraka­n “rasa perpaduan sepenuhnya dengan mereka yang telah kehilangan.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MANGSA KARAM MENINGKAT: Orang awam membawa mayat ke tebing Lake Victoria semasa operasi mencari mangsa sehari selepas kejadian feri terbalik. Angka kematian bagi sebuah feri penuh sesak yang karam di Lake Victoria meningkat kepada lebih dari 200 orang kelmarin.
— Gambar AFP MANGSA KARAM MENINGKAT: Orang awam membawa mayat ke tebing Lake Victoria semasa operasi mencari mangsa sehari selepas kejadian feri terbalik. Angka kematian bagi sebuah feri penuh sesak yang karam di Lake Victoria meningkat kepada lebih dari 200 orang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia