Utusan Borneo (Sarawak)

Penonton Emmy kurang, ‘Game of Thrones’ menang drama terbaik

-

ANUGERAH Emmy, malam terbesar dalam dunia televisyen, menyajikan banyak kejutan - daripada lamaran perkahwina­n di atas pentas hingga kepada trofi untuk beberapa kegemaran peminat - tetapi tidak ramai penonton mengikutin­ya, dan acara selama tiga jam itu mencatatka­n penarafan rendah dalam sejarah.

Purata 10.2 juta penonton menyaksika­n Anugerah Emmy pada 17 September lepas menerusi saluran NBC, turun kira-kira 11 peratus daripada 11.4 juta yang menonton acara gilang-gemilang itu pada tahun lepas, menurut perangkaan Nielsen yang dikeluarka­n sehari selepas acara anugerah itu.

NBC cuba menunjukka­n wajah yang berani berhubung data tersebut, dengan menyatakan audiens untuk Anugerah Oscar dan Anugerah Grammy pada tahun ini turun dengan margin yang lebih besar.

Namun ia ternyata sukar untuk memutarbel­it perangkaan - siaran Monday Night Football di saluran ESPN memperoleh­i penarafan yang lebih tinggi dalam pasaran bermeter.

Anugerah Emmy sudah bertahun-tahun kehilangan penoton, selepas peminat TV semakin beralih kepada media sosial untuk mengetahui tentang pemenang dan menonton saat-saat penting pada waktu mereka senang.

Dan kombo pengacara baharu yanng terdiri daripada dua bintang ‘Saturday Night Live’ Colin Jost dan Michael Che seakan-akan tidak menarik peminat baharu.

Saluran utama industri hiburan Variety menganggap acara itu sebagai “hambar”, dan pengacara “gagal meningkatk­an tenaga dalam bilik atau malah menjadikan bilik itu sebagai milik mereka”. Pengkritik Hollywood

Reporter Daniel Fienberg menganggap­nya sebagai “episod ‘Saturday Night Live’ yang kembung” dan menyelar Jost dan Che kerana “monolog membosanka­n”, malah mendakwa mereka “tidak cocok untuk acara itu”.

Ia nampak seakanakan NBC melakukan perkara yang betul untuk mengadakan Anugerah Emmy pada Isnin, bagi memberi ruang kepada program sukan utama Sunday Night Football, yang ditontoni 20.7 juta orang.

Pemenang besar di Anugerah Emmy adalah siri fantasi epik terbitan HBO ‘Games of Thrones’ dan komedi terbitan Amazon yang popular ‘The Marvelous Mrs Maisel’, yang memenangi lapan anugerah pada keseluruha­nnya.

Acara gilang-gemilang itu turut menyaksika­n beberapa kegemaran sentimenta­l membawa pulang anugerah Emmy pertama mereka.

Matthew Rhys memenangi anugerah untuk pelakon drama terbaik bagi siri aksi perisikan ‘The Americans’, Claire Foy dinamakan sebagai aktres drama terbaik bagi lakonannya sebagai Ratu Elizabeth II dalam ‘The Crown’ dan Henry Winkler menang untuk lakonan komedi sokongan dalam ‘Barry’.

Namun hadiah drama yang diiidam-idamkan kembali dimenangi ‘Game

of Thrones’, yang tidak layak untuk anugerah Emmy pada tahun lepas, manakala bintang siri Peter Dinklage membawa pulang hadiah bagi pelakon pembantu terbaik untuk lakonannya sebagai Tyrion Lannister.

“Menulis untuk pelakon- pelakon ini di belakang kami adalah penghormat­an sepanjang hayat,” kata penerbit bersama siri itu, David Benioff.

“Namun kami tidak mencipta watak-watak ini. Ia adalah George R.R. Martin. Siri itu tidak mungkin wujud tanpa genius George yang gila.” ‘Game of Thrones’ memenangi sembilan anugerah Emmy pada tahun ini, yang bermakna kisah sinematik mengenai keluarga bangsawan yang berlumuran darah dan merebut Takhta Besi - yang kembali pada 2019 untuk musim kelapan dan terakhir yang disingkatk­an

- sekarang memiliki 47 anugerah pada keseluruha­nnya.

Ia memecah rekod program itu sendiri sebagai siri fiksyen paling berjaya sejak Akademi Televisyen pertama kali menganuger­ahkan hadiah pada 1949.

Pemenang besar lain termasuk ‘The Assassinat­ion of Gianni

Versace’ terbitan FX, yang memenangi anugerah Emmy bagi siri terhad terbaik dan hadiah lakonan untuk Darren Criss, yang menerima reviu yang amat baik bagi lakonannya yang gelap sebagai pembunuh pereka itu, Andrew Cunanan.

Thandie Newton memenangi anugerah aktres pembantu terbaik dalam drama bagi kerjanya dalam siri koboi futuristik terbitan HBO ‘Westworld’.

Dalam persaingan baharu di antara rangkaian tradisiona­l menentang platform baharu, gergasi striming Netflix dan HBO berakhir dengan keputusan seri di tempat teratas - masing-masing dengan 23 anugerah Emmy. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALI MENANG: Barisan pelakon ‘Game of Thrones’ bersama anugerah Emmy yang dimenangi mereka.
— Gambar AFP KEMBALI MENANG: Barisan pelakon ‘Game of Thrones’ bersama anugerah Emmy yang dimenangi mereka.
 ??  ?? LAMARAN: Glenn Weiss (kiri), pemenang anugerah ‘Outstandin­g Directing for a Variety Special’ untuk ‘The Oscars,’ melamar Jan Svendsen di atas pentas semasa Anugerah Emmy yang ke-70 di Microsoft Theatre di Los Angeles, California pada 17 September lepas. — Gambar AFP
LAMARAN: Glenn Weiss (kiri), pemenang anugerah ‘Outstandin­g Directing for a Variety Special’ untuk ‘The Oscars,’ melamar Jan Svendsen di atas pentas semasa Anugerah Emmy yang ke-70 di Microsoft Theatre di Los Angeles, California pada 17 September lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? HOS: Colin Jost (kiri) dan Michael Che.
HOS: Colin Jost (kiri) dan Michael Che.
 ??  ?? MATTHEW RHYS
MATTHEW RHYS
 ??  ?? CLAIRE FOY
CLAIRE FOY
 ??  ?? GEORGE R.R. MARTIN
GEORGE R.R. MARTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia