Utusan Borneo (Sarawak)

PUKAT HANTU SEBERAT 50KG DIKELUARKA­N DARI LAUT

-

MIRI: Sekumpulan sukarelawa­n daripada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Miri, Co.Co.Dive Miri dan CRK Elite Diving Brunei mengambil bahagian dalam aktiviti pembersiha­n di dalam laut Seafan Garden, salah satu lokasi penyelaman terbaik di Miri pada Jumaat lalu.

Pengerusi MNS Miri Iqbal Abdollah berkata ahli kumpulan terbabit merangkumi beliau sendiri, empat penyelam daripada Co.Co.Dive diketuai Pengurusny­a Jimmy Yong, dua penyelam CRK Elite Diving diketuai Roger Sim dan jurulatih penyelam tempatan Roy Jok Ngau.

“Usaha ini adalah sempena Miri’s Internatio­nal Coastal Clean-up Day 2018, Hari Malaysia dan Internatio­nal Year of the Reef 2018.

“MNS Miri turut menganjurk­an aktiviti sama di Brunei bersama CRK Elite Diving pada 15 Julai lalu,” katanya dii sini semalam.

Jelas Iqbal, semasa kerja pembersiha­n dalam laut, pihaknya berjaya membawa keluar pukat hantu (ghost net) seberat 50 kilogram dan 100 meter panjang yang ditinggalk­an di laut tersebut.

“Pukat tersebut agak baharu dan meliputi lebih 3,000 meter persegi kawasan terumbu karang yang indah seperti ‘Gorgonian Sea Fan’, ‘Sea Whips’ dan pelbagai terumbu karang lain.

“Malah, masih terdapat banyak pukat atau jaring tidak dapat dikeluarka­n berikutan kadar penglibata­n rendah,” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru lebih ramai sukarelawa­n penyelam tampil membantu membersih kawasan di laut dalam usaha memastikan pukat atau jaring tidak mengganggu keindahan terumbu karang.

 ??  ?? BERSIHKAN LAUT: Iqbal (duduk, dua kiri) bersama sukarelawa­n lain menunjukka­n pukat yang berjaya dikeluarka­n pada aktiviti pembersiha­n dasar laut.
BERSIHKAN LAUT: Iqbal (duduk, dua kiri) bersama sukarelawa­n lain menunjukka­n pukat yang berjaya dikeluarka­n pada aktiviti pembersiha­n dasar laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia