Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP akan umum langkah atasi penyeludup­an barang dari Sabah

-

TAWAU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumka­n langkah dan tindakan lebih agresif dalam mengatasi isu penyeludup­an keluar barang dari Sabah ke negara jiran.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri mengenai isu itu telah dibincangk­an melalui pertemuann­ya dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Memperketa­tkan kawalan di sempadan dan menambah kecekapan agensi yang terlibat merupakan antara strategi yang difikirkan.

“Kita telah bincangkan strategi bagaimana kerajaan pusat dan Sabah bekerjsama mengatasi perkara ini. Kita akan maklumkan (strategi) apabila dimuktamad­kan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Cawangan TeaLive Tawau di sini semalam.

Mengenai isu penyeragam­an harga barang keperluan di negeri ini pula, Saifuddun berkata kementeria­nnya bersedia merealisas­ikan perkara itu.

“Kita mahu harga barang keperluan di pedalaman Sabah (diseragamk­an) dengan harga barang di Petaling Jaya atau tempat lain dengan memastikan kos tambahan diserap kementeria­n,” katanya.

Mengenai majlis pelancaran cawangan TeaLive Tawau yang ke-198, Saifuddin optimis industri francais semakin berkembang pesat di negara ini.

“Walaupun baharu beroperasi awal tahun ini, cawangan TeaLive Tawau telah memberi impak yang sangat besar kepada pengguna di sini apabila mencatat jualan yang memberangs­angkan,” katanya. — Bernaam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia