Utusan Borneo (Sarawak)

Pantau penjualan arak murah dan tidak berkualiti

Peniaga jual minuman beralkohol murah, tiruan harus dikena tindakan tegas termasuk digantung lesen

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pihak berkuasa disaran melakukan pemantauan lebih kerap ke atas kedai-kedai yang menjual minuman beralkohol bagi mengesan penjualan minuman keras murah dan tidak berkualiti di pasaran.

Pengerusi Persatuan Suara Pengguna Sarawak (COVAS) Michael Tiong berkata, peniaga yang didapati menjual minuman beralkohol murah dan tiruan harus dikenakan tindakan tegas termasuk digantung lesen mereka.

Menurutnya minuman beralkohol murah wujud dalam pasaran kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas produk berkenaan.

“Cukai yang tinggi dikenakan ke atas minuman keras telah mewujudkan aktiviti jual beli bir serta minuman beralkohol yang diseludup masuk ke negara ini dan ia perniagaan menguntung­kan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Tiong berkata terdapat penyelesai­an lebih baik kepada masalah tersebut iaitu menggalakk­an cara minum yang lebih bertanggun­gjawab bukannya mengenakan cukai tinggi ke atas minuman keras.

Selain itu katanya, penguatkua­saan lebih kerap perlu dilakukan ke atas pemandu mabuk kerana ia merupakan cara mengesan lebih berkesan ke atas individu yang mengambil alkohol berlebihan.

Menurutnya kemasukan minuman keras murah ke dalam pasaran tempatan melibatkan sindiket yang kreatif mencari jalan untuk memasuki pasaran tempatan khususnya.

“Kita tidak dapat menyekat sepenuhnya kemasukan minuman beralkohol murah kerana ia berkait rapat dengan sindiket yang sentiasa mencari jalan untuk memasuki pasaran,” katanya.

Mengenai minuman beralkohol tiruan, Tiong berkata pihak berkuasa hanya dapat mengambil tindakan jika pengeluar jenama tulen dan pengguna membuat aduan.

“Memang tidak diragui adanya minuman beralkohol tiruan atau murah keluaran tempatan, sama ada haram atau sah dan tindakan diambil jika ada bukti.

“Pengeluar minuman beralkohol tiruan ini rata-ratanya akan berdepan tin- dakan pihak berkuasa yang relevan apabila terdapat aduan daripada pengeluar jenama tulen dan pengguna,” katanya.

Menurut dalam hal seperti itu, pengguna mesti tahu hak mereka iaitu mendapatka­n barangan tulen serta berkualiti.

Katanya pengguna yang bijak dan tahu hak-haknya akan membuat aduan kepada pihak berwajib dan mengelak daripada mendapatka­n barangan dari kedai yang menjual produk tiruan serta tidak berkualiti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden keracunan alkohol sehingga menyebabka­n kematian di beberapa tempat di Semenanjun­g Malaysia, baru-baru ini.

Cukai yang tinggi dikenakan ke atas minuman keras telah mewujudkan aktiviti jual beli bir serta minuman beralkohol “yang diseludup masuk ke negara ini dan ia perniagaan menguntung­kan. Michael Tiong Pengerusi COVAS

 ??  ?? MICHAEL TIONG
MICHAEL TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia