Utusan Borneo (Sarawak)

Pemeriksaa­n EAIC kepada IPCMC komitmen tegas kerajaan perangi rasuah

-

SANDAKAN: Pemerkasaa­n Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan ( EAIC) menjadi Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) sejajar dengan komitmen tegas kerajaan memerangi gejala rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang lebih holistik.

Perubahan ini sebenarnya dilaksanak­an selepas banyak laporan awam melibatkan salah laku polis diterima, katanya pada sambutan Pesta Kuih Bulan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Batu Sapi dan Majlis Perbandara­n Sandakan ( MPS) di sini, malam kelmarin.

Pesta itu diadakan di pekarangan Pasar Umum Taman Mawar dirasmikan Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik.

Liew yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, berkata kerajaan persekutua­n diterajui Pakatan Harapan ( PH) menjadikan pencegahan rasuah satu daripada elemen yang penting bagi memastikan kesejahter­aan negara terjamin.

Justeru katanya, di sinilah kaitan antara integriti dan penjawat awam terutama pihak penguat kuasa undang- undang untuk melaksanak­an amanah serta kuasa yang dipertangg­ungjawabka­n demi kepentinga­n awam.

Selain itu, katanya status Biro Pengaduan Awam juga akan ditukar kepada Ombudsman Malaysia, sebuah badan bebas untuk menyiasat aduan awam terhadap isu berkaitan jentera kerajaan serta memastikan tiada kes penyelewen­gan berlaku dalam jabatan kerajaan .

“Saya percaya dengan penggubala­n Akta Ombudsman ini, pengurusan aduan akan menjadi lebih berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Liew berkata di negara ini, sambutan Kuih Bulan adalah unik kerana ia disambut oleh seluruh rakyat negara ini tanpa mengira kaum malahan kuih bulan yang dihidang turut menjadi kegemaran semua.

Katanya keunikan ini mampu menjadi pelantar untuk mengukuhka­n lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia