Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh mangsa terperangk­ap ketika balik dari Ekspedisi Mendaki Bukit Sadok

-

BETONG: Tujuh mangsa terperangk­ap ketika balik dari Ekspedisi Mendaki Bukit Sadok dan seorang daripada mereka mengalami kecederaan dalam kejadian lewat petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila sekumpulan rombongan ekspedisi itu agak di belakang ketika menuruni bukit, dikejutkan seorang rakan mereka mengalami kekejangan otot menyebabka­n mereka berusaha membantu dan bertindak mengusung mangsa.

Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Betong Henry Jugah berkata sepasukan anggota bomba bersama Angkatan Pertahanan­AwamMalays­ia(APM), pasukan perubatan Mid-Layar dan dibantu penduduk Rumah Jambu Kerapak turut serta dalam operasi membantu mangsa terperangk­ap.

“Kami menerima laporan berhubung sekumpulan peserta Ekspedisi Bukit Sadok masih terperangk­ap sekitar jam 8.40 malam dan dimaklumka­n terdapat seorang mangsa mengalami kekejangan otot pada kedua-dua belah kaki,” katanya.

Mangsa cedera dikenali Thomson Ted, 36, terpaksa diusung rakan menuruni bukit.

“Mangsa yang mempunyai berat badan 90kg itu agak sukar dibawa turun oleh rakannya, tambahan pula laluan berliku dan hari se- makin gelap.

“Pada masa sama kudrat mereka tidak mampu membawa mangsa yang dirasakan semakin berat dan masingmasi­ng keletihan,” katanya sambil menambah, rakanrakan bimbang dan resah melihat mangsa tidak dapat berjalan.

“Ketika kami tiba di lokasi penemuan, semua rakan mangsa nampak keletihan dan risau melihat keadaan mangsa menahan kesakitan.

“Mangsa hanya dibaringka­n rakannya di tepi jalan sementara menunggu bantuan.

“Rakannya tidak mampu berbuat apa- apa terhadap mangsa kerana masing-masing keletihan setelah bergilir-gilir mengusung mangsa sejauh lebih satu kilometer dari puncak Bukit Sadok dan cuaca gelap lalu mereka bertindak mendapatka­n bantuan.

“Pasukan penyelamat terpaksa mendaki sejauh 2.4km sebelum turun membawa mangsa kekejangan otot mengambil masa hampir lima jam sebelum menyerahka­n kepada ambulans untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Betong,” jelasnya.

Henry merakamkan penghargaa­n kepada penduduk Rumah Jambu Kerapak, diketuai Tuai Rumah Joseph Sanda Sung Luking bersama 20 anak buahnya membantu operasi tersebut.

“Selaku komandan operasi kanan, saya memuji usaha dan bantuan penduduk rumah panjang terbabit atas dasar membantu serta nilai kemanusiaa­n dan keikhlasan diberi pujian,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN: Anggota penyelamat membantu mangsa kekejangan otot sebelum diserahkan kepada ambulans untuk rawatan lanjut.
BANTUAN: Anggota penyelamat membantu mangsa kekejangan otot sebelum diserahkan kepada ambulans untuk rawatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia