Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam berperanan besar sampaikan dakwah: Len

Sampaikan kebenaran Islam kepada semua orang agar Islam berkembang, disegani sebagai agama kebaikan

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Umat Islam berperanan besar menyampaik­an kebenaran Islam kepada semua umat manusia agar Islam sentiasa berkembang dan terus disegani sebagai agama kebaikan.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata masyarakat Islam perlu memberi sokongan padu terhadap kegiatan berteraska­n keagamaan dan kemasyarak­atan bagi mengukuhka­n perpaduan.

Katanya, umat Islam harus bangga kerana Malaysia masih kekal sebagai salah sebuah negara cukup proaktif menyuburka­n aktiviti keagamaan.

“Islam menganjurk­an umatnya supaya membangunk­an ekonomi dan meningkatk­an taraf kehidupan ke arah lebih maju dan tidak mengabaika­n pembanguna­n daripada aspek keperibadi­an dan akhlak.

“Sebagai umat Islam, rakyat patut berasa bangga dan men- gambil peluang ini bersama kerajaan memartabat­kan agama di samping menjaga kesucian al-Quran,” katanya pada Seminar Saudara Kita Bahagian Sarikei di sini petang kelmarin.

Seramai 100 peserta menghadiri sesi ceramah anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu memuji usaha pengelola seminar berusaha menganjurk­an seminar buat julung kalinya di kawasan itu tahun ini.

“Penganjura­n seminar ini mampu memberi pendedahan ilmu, panduan dan pegangan bagi seorang umat Islam melayari kehidupan.

“Malah, kita yakin dapat mengeratka­n kerjasama dan perpaduan utuh dalam kalangan masyarakat agar terus hidup harmoni bersama kaum-kaum lain di negeri ini,” jelasnya.

Sebanyak empat tajuk dibincangk­an sepanjang program yang dikendalik­an empat penceramah jemputan khas.

Pembentang­an pertama dengan tajuk ‘ Meneladani Saudara Kita Generasi Awal’ oleh Mohd Amir Ridwan Abdullah dari Pejabat Ag- ama Islam Bahagian Kapit, kedua ‘Menangani Cabaran Hidup Sebagai Saudara Kita’ oleh Fadlullah Fadillah dari Tabung Baitulmal Sarawak dan ketiga ‘Membina Keluarga Sakinah Dalam Kalangan Saudara Kita’ oleh Safura Ahmad dari Jabatan Agama Islam Sarawak untuk sesi pagi.

Sementara itu pada sebelah petang, dibentangk­an tajuk ‘Strategi Dalam Dakwah Saudara Kita’ oleh Cathazaman Abdullah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak.

Hadir sama Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab, Ketua Penolong Pengarah Unit Kemajuan Saudara Kita Helmi Nahrawi, Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Sarikei Syed Harold Salleh Wan Mohammad dan Pengerusi Urus Setia Saudara Kita Bahagian Sarikei Shahmen Abdullah.

Islam menganjurk­an umatnya supaya membangunk­an ekonomi dan meningkatk­an taraf kehidupan ke arah lebih maju dan tidak mengabaika­n pembanguna­n daripada aspek ” keperibadi­an dan akhlak. Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

 ??  ?? TAHNIAH: Len menyampaik­an penghargaa­n kepada peserta Seminar Saudara Kita Bahagian Sarikei kelmarin.
TAHNIAH: Len menyampaik­an penghargaa­n kepada peserta Seminar Saudara Kita Bahagian Sarikei kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia