Utusan Borneo (Sarawak)

Kekal had umur layak mengundi 21 tahun

-

MUKAH: Had umur layak mengundi bagi seseorang warganegar­a Malaysia harus dikekalkan pada 21 tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata belum tiba masanya had umur kelayakan menjadi pengundi diturunkan kepada 18 tahun.

“Saya tidak setuju had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, ia akan memberi kesan langsung kepada masa depan negara,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Katanya keputusan penting itu tidak seharusnya diletakkan kepada mereka berumur 18 tahun kerana ia memerlukan pemikiran kritikal.

Pada umur 18 tahun, kebanyakan belia atau remaja masih berdarah muda dan cenderung membuat keputusan secara melulu.

“Hasilnya, secara langsung memberi impak negatif terhadap pembanguna­n negara khususnya dalam arena politik.

“Jadi, bagaimana mungkin kita patut meletakkan masa depan negara secara keseluruha­nnya ke atas tangan pengundi berdarah muda,” jelasnya.

Menurutnya, golongan itu secara umumnya tidak kerap membuat kajian atau menilai sejarah terutama menyentuh politik apatah lagi mengetahui­nya secara sebaik mungkin.

“Golongan 18 tahun juga senang dihasut dan dipengaruh­i tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini mencadangk­an agar umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun dan meminta pandangan daripada semua pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia