Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Lundu miliki platform pasar produk

-

LUNDU: Usahawan tempatan kini mempunyai platform memasarkan produk mereka melalui Koperasi Usahawan Gading Mekar Berhad Lundu (KO GADING), yang bertindak sebagai pusat sehenti.

Koperasi bertindak memasarkan produk usahawan tempatan sekitar Lundu dan Sematan dan antara produk keluaran tempatan yang boleh dipasarkan secara meluas ialah produk keluaran usahawan industri kecil sederhana (IKS) melibatkan produk makanan, kraf tangan, pertanian, perkhidmat­an, inap desa dan sebagainya.

Pegawai Daerah Lundu Awang Putrayusri­e Awang Redzuan berkata, sehingga kini seramai 60 ahli telah mendaftar terdiri daripada usahawan tempatan dan golongan belia.

Katany melalui KO GADING, diharap produk keluaran tempatan dapat diketengah­kan ke seluruh dunia dan dengan adanya pemasaran online, produk usahawan Lundu dapat dipasarkan secara global.

“Penubuhan koperasi ini adalah atas insentif dan sokongan ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu yang mahu usahawan dan penduduk tempatan memasarkan produk mereka.

“Penubuhan koperasi ini dapàt mengumpul produk keluaran tempatan seperti produk IKS, kraf tangan, pertanian, makanan seperti keropok, madu kelulut, cili, rojak, jeruk dan sebagainyà untuk dipasarkan secara meluas,” katanya.

Selain itu, KO GADING akan membantu membangunk­an sektor ekopelanco­ngan kawasan Lundu.

“Sebagai contoh penglibata­n dalam program komuniti membawa pelancong ke kawasan air terjun Kampung Sebat Dayak, Sematan bagi mandi air terjun, melihat telaga tujuh, bunga rafflesia, batuan serta keindahan flora dan fauna menerusi pakej disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia