Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 2,000 berjalan kaki sempena Hari Jantung Sedunia 2018

-

KUCHING: Lebih 2,000 peserta menyertai aktiviti berjalan kaki sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2018 di pekarangan pusat komersial Saradise di sini semalam.

Aktiviti berjalan kaki tersebut turut disertai Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Berucap pada sambutan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata sambutan tahun ini paling istimewa kerana Jambatan Darul Hana dan Kubu Margherita diterangi dengan cahaya merah bermula malam kelmarin.

Katanya, ini adalah pertama dalam sejarah dan beliau berterima kasih kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai atas sokongan dan menarik penglibata­n semua agensi untuk menerangi dua bangunan ikon negeri ini dengan cahaya lampu merah sehingga Sabtu, 29 September.

“Hari Jantung Sedunia merupakan acara global yang diraikan lebih 200 pertubuhan dunia yang lain di bawah Yayasan Jantung Dunia.

“Tema tahun ini ialah ‘Jantung Saya Jantung Anda’ atau ‘My Heart Your Heart’ dengan mesej untuk menyatukan semua masyarakat dunia menentang penyakit jantung,” katanya.

Dalam pada itu program yang bermula seawal jam 5 pagi itu semalam turut dimeriahka­n dengan aktiviti senaman memanaskan badan dan zumba serta persem- bahan tarian K- Pop oleh sekumpulan anak muda.

Pemeriksaa­n kesihatan secara percuma turut diadakan untuk masyarakat melakukan pemeriksaa­n seperti tahap kolesterol dan gula, tekanan darah, ujian kecerdasan serta sesi kaunseling kesihatan.

 ??  ?? SAMPINGAN: Persembaha­n tarian K-Pop oleh sekumpulan penari muda.
SAMPINGAN: Persembaha­n tarian K-Pop oleh sekumpulan penari muda.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? BERSEDIA: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersedia untuk aktiviti berjalan kaki bersama lebih 2,000 peserta yang lain di pekarangan Saradise, Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi BERSEDIA: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersedia untuk aktiviti berjalan kaki bersama lebih 2,000 peserta yang lain di pekarangan Saradise, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia