Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pertanian disaran kaji penanaman padi secara komersil

-

SIBU: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru menyaranka­n agar Kementeria­n Pertanian dan Kerajaan Sarawak melaksana rangka kerja kajian penanaman padi secara komersil di Sarawak.

Presidenny­a Cobbold John Lusoi berkata, ini selari dengan hasrat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyasarka­n usaha Sarawak meningkatk­an pengeluara­n beras kepada 70 peratus menjelang 2030 berbanding pengeluara­n kini 53 peratus.

“Oleh itu, PBDS Baru menyaranka­n Kerajaan Sarawak dan kementeria­n berkenaan agar mewujudkan satu model transforma­si penanaman padi secara komersil di Sarawak.

“Perkara ini secara tidak langsung membantu meningkatk­an taraf ekonomi masyarakat setempat di samping menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Tambah Cobbold, kawasan Batang Rajang amat sesuai dijadikan hab penanaman padi komersil mengambil kira keluasan kawasan hutan belum diterokai.

Bagaimanap­un, Kerajaan Sarawak harus mengeluark­an geran pemilikan tanah atau ‘land title’ kepada pengusahap­engusaha untuk mengelak perkara berulang seperti terjadi dalam industri kelapa sawit.

“Harus diingat juga Abang Johari, bagilah surat geran tanah Seksyen 18. Kalau tidak, susahlah rakyat mengusahak­an tanah NCR.

“Jangan lupa tanah NCR tidak boleh dijual beli dan sila rujuk kembali kes Hilarian Bisi di mana ‘harga’ tanah NCR hanyalah sama nilai dengan ‘Tungkus Asi’.

“Geran tanah kepada masyarakat di bawah Seksyen 18 juga harus terbuka kepada semua aktiviti dan bukannya terhad kepada pertanian sahaja.

“Bila seksyen ini terbuka kepada semua aktiviti ekonomi dan tidak terhad kepada pertanian maka masyarakat tempatan pemilik tanah boleh membina industri kecil dan sederhana, institut latihan, Rumah Dayak, bangunan komersil seperti rumah kedai, homestay dan sebagainya di atas tanah tersebut.

“Ia bagi menambah pendapatan dan mewujudkan pekerjaan kepada masyarakat setempat, malah boleh membuka stesen mengisi minyak petrol/diesel di tanah itu,” jelasnya.

Beliau juga menyaranka­n lebih banyak interaksi dan latihan perindustr­ian diberikan kepada petani dan pekebun kecil terutama masyarakat Dayak yang merupakan golongan penanam padi.

“Lebih banyak bantuan dan latihan sepatutnya disalurkan kepada pekebun kecil seperti sumbangan jentera, benih padi berkualiti, racun serangga dan baja bersesuaia­n,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Abdul Yakub (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus.
TAHNIAH: Abdul Yakub (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus.
 ??  ?? IKHLAS: Tiong (dua kiri) disaksikan Ling (kiri), Yeo (dua kanan) menyumbang kepada Tabung Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak yang dilancarka­n di Sibu, semalam.
IKHLAS: Tiong (dua kiri) disaksikan Ling (kiri), Yeo (dua kanan) menyumbang kepada Tabung Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak yang dilancarka­n di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia