Utusan Borneo (Sarawak)

Murid SK Serian bakal nikmati kemudahan dewan baharu

-

KUCHING: Murid Sekolah Kebangsaan ( SK) Serian bakal menikmati kemudahan dewan baharu berkos RM180,000 tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata projek tersebut mendapat peruntukan daripada Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Penyerahan tapak projek telah diadakan pada 20 September lepas iaitu untuk membina baharu Dewan Terbuka SK Serian.

“Ia akan dilaksanak­an oleh pihak kontraktor di bawah Jabatan Kerja Raya Serian yang mengambil masa enam bulan dari tarikh geran diberikan iaitu pada 20 September lepas,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Dewan Serba Guna SK Serian akan ditempatka­n bersebelah­an Pejabat Pendidikan Daerah Serian.

Namun begitu tambahnya, pihak kontraktor hanya akan memulakan kerja awalan dalam masa dua atau tiga minggu akan datang.

Ini kerana mereka tidak mahu mengganggu sesi peperiksaa­n UPSR murid pada minggu depan (bermula hari ini).

Pada masa yang sama, beliau turut menyampaik­an dua unit pendingin hawa kepada pihak sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serian bernilai hampir RM4,000.

Pendingin hawa tersebut akan dipasang di perpustaka­an sekolah berkenaan untuk keselesaan pelajar yang menggunaka­n bilik berkenaan untuk membaca atau menelaah.

Pihak pembekal juga diminta membantu mengalih, memasang dan membaiki mana-mana unit yang tidak berfungsi dengan baik.

 ??  ?? TURUN PADANG: John (tengah) ketika mengadakan pertemuan dan lawatan ke tapak projek pembinaan dewan SK Serian bersama agensi berkaitan.
TURUN PADANG: John (tengah) ketika mengadakan pertemuan dan lawatan ke tapak projek pembinaan dewan SK Serian bersama agensi berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia