Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu terus sedia khidmat doktor, pegawai perubatan di pedalaman

-

LONG BEMANG, BARAM: Kerajaan persekutua­n di bawah pentadbira­n Pakatan Harapan (PH) diingatkan agat meneruskan penghantar­an khidmat doktor dan pegawai perubatan di klinik- klinik kesihatan pedalaman Baram seperti dilaksanak­an sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, semua klinik kesihatan desa perlu mempunyai doktor selain peralatan perubatan lengkap untuk meringanka­n beban mereka mendapatka­n rawatan di bandar.

“Saya pernah melihat ibu bapa terpaksa membawa anak mereka yang sepatutnya menjalani rawatan susulan pulang ke kampung kerana tidak mampu membiayai kos tinggal di Miri atau ke hospital berhampira­n.

“Justeru, klinik desa perlu dilengkapi dengan peralatan mencukupi selain doktor bagi memberi rawatan terbaik kepada komuniti luar bandar,” katanya semasa melancarka­n Program Sihat Warga Emas 2018 di Klinik Kesihatan Long Bemang, Jumaat lalu.

Dennis menambah, sebelum ini kerajaan persekutua­n menubuhkan klinik kesihatan desa yang dilengkapi dengan teknologi dan fasiliti perubatan moden untuk memenuhi keperluan komuniti luar bandar.

“Setakat ini, beberapa klinik desa termasuk di Long Bedian, Long San, Mulu dan Bario mempunyai khidmat doktor tetap.

“Saya berharap lebih banyak klinik kesihatan desa di kawasan lain mempunyai khidmat doktor pada masa terdekat,” jelasnya.

Mengenai Program Sihat Warga Emas, Dennis berharap penduduk kampung mengadakan pemeriksaa­n kesihatan dengan lebih kerap selain mengamalka­n pe- makanan sihat dan senaman untuk mengelak penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Beliau turut memuji usaha Panel Penasihat Klinik Kesihatan Long Bemang dan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) kerana menganjurk­an program itu yang berjaya menarik 100 penyertaan penduduk rumah panjang sekitar Long Bemang.

Program dua hari itu meningkatk­an kesedaran terhadap gaya hidup sihat dan kebaikan hidup sihat dengan aktiviti seperti jalan 10,000 langkah, saringan kesihatan, pertand- ingan mewarna dan ceramah nutrisi pemakanan dan diet.

Pada majlis tersebut, Dennis mengumumka­n peruntukan sejumlah RM10,000 kepada jawatankua­sa penganjur mengadakan program sama pada masa akan datang.

Hadir sama Pakar Perubatan Klinik Kesihatan Long Lama Dr Sameul Wong, Pegawai Saintifik (Nutrisi) Ariannie Charles, Fisioterap­is Alexson Anggoi, Pembantu Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Long Bemang Cyprian David, Pengerusi Panel Penasihat Ubong Jok dan Pengerusi KOSPEN William Seling.

 ??  ?? RASMI: Dennis menandatan­gani sepanduk perasmian Program Sihat Warga Emas 2018 di Klinik Kesihatan Long Bemang.
RASMI: Dennis menandatan­gani sepanduk perasmian Program Sihat Warga Emas 2018 di Klinik Kesihatan Long Bemang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia