Utusan Borneo (Sarawak)

Fuziah tidak mahu ada ahli PKR mempersoal kredibilit­i Anwar menyandang jawatan tertinggi negara itu

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Hanya Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menggantik­an Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Calon Ketua Wanita Pusat Fuziah Salleh tidak mahu ada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempersoal kredibilit­i Anwar menyandang jawatan tertinggi negara itu.

Katanya pengorbana­n Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Timbalan Perdana Menteri) memperjuan­g reformasi parti selama dua dekad harus dihormati dan dihargai semua ahli.

“Tiada siapa-siapa dalam parti boleh ‘ potong jalan’ dia (Anwar) untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kita kena jaga beliau dan pastikan seluruh kepimpinan yang menang kali ini 100 peratus setia bagi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri kelapan,” katanya.

Fuziah menjelaska­n perkara itu pada Majlis Jasamu Dikenang # Reformasi 20 Tahun anjuran PKR Sibuti di sini semalam.

Fuziah merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Ahli Parlimen Kuantan ke sini ditemani anak Anwar, Nurul Ilham.

Pada bulan lalu, Anwar menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR sekali gus mengambil alih jawatan itu daripada isterinya, Wan Azizah.

“Kita tidak mahu rundingan lain-lain. Kita tidak mahu pemimpin parti yang mahu memilih pemimpin lebih muda. Kita tidak mahu pemimpin parti tanya kenapa Anwar perlu bertanding di PD (Port Dickson).

Fuziah berkata, pemilihan Ahli Parlimen sebagai menteri kabinet di peringkat pusat adalah untuk berkhidmat kepada rakyat bukan kekayaan atau pangkat.

Menurutnya, Anwar pernah menegur parti agar tidak memilih calon-calon

Tiada siapa-siapa dalam parti boleh ‘potong jalan’ dia (Anwar) untuk menjadi

Menteri. ” Perdana Fuziah Salleh Calon Ketua Wanita Pusat

kepimpinan yang hanya mementingk­an keuntungan diri sendiri.

“Pemimpin yang layak adalah pemimpin kekal den- gan agenda reformasi 20 tahun. Yang tidak lupa kenapa parti ini ditubuhkan dan apa asas perjuangan kita,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli PKR memilih pemimpin yang dapat meneruskan agenda reformasi parti.

 ??  ?? KESELAMATA­N: Alice (tiga kanan), Tiong (dua kiri), Siaw (tengah), Siew Whye (dua kanan) serta yang lain bersama merasmikan Pondok Polis Farley di Sibu semalam.
KESELAMATA­N: Alice (tiga kanan), Tiong (dua kiri), Siaw (tengah), Siew Whye (dua kanan) serta yang lain bersama merasmikan Pondok Polis Farley di Sibu semalam.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Fuziah menerima cenderamat­a daripada pengarah majlis, Zulhaidah Suboh (tiga kanan) yang juga calon Exco Wanita Pusat sambil disaksikan Nurul Ilham (dua kiri) dan ahli PKR di Sibu semalam.
TERIMA KASIH: Fuziah menerima cenderamat­a daripada pengarah majlis, Zulhaidah Suboh (tiga kanan) yang juga calon Exco Wanita Pusat sambil disaksikan Nurul Ilham (dua kiri) dan ahli PKR di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia