Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan bina pondok polis bukti keprihatin­an Farley kepada masyarakat

-

SIBU: Sumbangan Farley untuk membina pondok polis berhampira­n pasar rayanya di Jalan Salim di sini menunjukka­n ia mempunyai sikap mengambil berat dan penyayang kepada masyarakat Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata sikap ditunjukka­n Farley membuktika­n mereka bekerjasam­a rapat dengan polis demi keselamata­n masyarakat setempat.

“Dengan ini, saya mewakili polis ingin mengucapka­n terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Farley atas sokongan padu mereka membina pondok ini.

“Inisiatif ini mewujudkan persekitar­an hidup selamat dengan ketenangan jiwa masyarakat bukan hanya mereka yang tinggal di kawasan berdekatan pasar raya Farley tetapi di kawasan Salim,” katanya pada perasmian Pondok Polis Farley, semalam.

Hadir sama Ahli Parliman Lanang Alice Lau, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw, Ketua Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu Roslee Maslie dan Pengarah Urusan Farley Lau Siew Whye.

Menurutnya, walaupun kadar jenayah di sini adalah di bawah kawalan namun pihaknya tidak mengambil mudah sebaliknya terus bekerjasam­a memerangi aktiviti jenayah.

Terdahulu, Siew dalam ucapan aluannya berkata tujuan utama penubuhan pondok itu adalah bagi menjalinka­n hubungan erat antara polis dengan orang awam.

“Selain itu, ia juga memudahkan orang ramai mendapatka­n nasihat profesiona­l daripada anggota polis yang bertugas.

“Ia juga akan membolehka­n kita semua membeli-belah dengan suasana lebih selamat dan selesa,” jelasnya.

Eijing berkata, harapan Farley adalah terus meningkatk­an kualiti dan taraf hidup orang ramai.

“Bersama kita menjadikan kawasan Salim menjadi tempat lebih baik untuk hidup selesa dan selamat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia