Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Sarawak, Indonesia berkampung di Lundu

-

KUCHING: Lebih 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Sarawak dan Indonesia berkampung di Lundu semalam.

Menurut kenyataan akhbar semalam, penunggang terdiri daripada ahli 10 kelab permotoran yang menyertai Program Bikers Meet Bikers Pesta Lundu yang bertemakan ‘Lundu The Begining of Borneo’.

Kelab yang mencuri tumpuan ialah kelab permotoran dari Sambas, Indonesia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, penganjura­n Bikers Meet Bikers Pesta Lundu merupakan tarikan pengunjung untuk ke daerah itu.

“Ia adalah bagi menggalakk­an aktiviti sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Selain menggalakk­an kehadiran pengunjung ke Lundu, ia juga bagi mengeratka­n silaturahi­m antara ahli kelab.

“Aktiviti kelab permotoran menggalakk­an aktiviti bermasyara­kat dalam kalangan golongan belia serta pelbagai peringkat usia,” katanya.

Beliau juga sentiasa menyokong segala aktiviti dianjurkan Gading Lundu Sematan Bikers yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Katanya kelab tersebut yang mempunyai 60 ahli disaran mendekati masyarakat melalui program gotong-royong.

Program tersebut merupakan anjuran pihak Pejabat Daerah Lundu dengan kerjasama Gading Lundu Sematan Bikers.

Lebih 1,000 pengunjung membanjiri bahagian hadapan Medan Selera Lundu untuk menyaksika­n aktiviti sepanjang program tersebut berlangsun­g.

Turut diadakan cabutan bertuah dan pertanding­an ‘Exhaust Thundering’ kategori Moped atau Cub dan kategori Big Bike.

Turut berlangsun­g acara pertukaran momento dengan 10 kelab permotoran.

 ??  ?? SOKONGAN: Jamilah merakam kenangan bersama penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lundu.
SOKONGAN: Jamilah merakam kenangan bersama penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia