Utusan Borneo (Sarawak)

Masih terdapat pelajar gagal bersekolah disebabkan masalah ketiadaan kad pengenalan dan sijil lahir

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kesatuan Guru Sarawak (STU) mahu kerajaan memberi perhatian terhadap masalah dokumentas­i pelajar luar bandar yang berlaku setiap tahun.

Presidenny­a Jisin Nyud mengakui masih terdapat pelajar gagal bersekolah disebabkan masalah ketiadaan kad pengenalan dan sijil lahir.

“Jika mereka tiada sijil lahir atau kad pengenalan, maka mereka tidak dapat melanjutka­n pelajaran ke peringkat seterusnya atau mencari pekerjaan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Bengkel Hak Penduduk Asal Peribumi Sarawak di sini, semalam.

Seramai 27 guru yang merupakan ahli STU menghadiri bengkel dua hari ber- mula kelmarin.

Jisin mengakui setiap tahun antara dua atau tiga kes melibatkan pelajar gagal ke sekolah hanya disebabkan masalah dokumentas­i.

Sehubungan itu, beliau menggesa agensi kerajaan berkaitan mempercepa­tkan proses pendaftara­n dokumentas­i melibatkan pelajar luar bandar.

Selain itu, STU juga mahu kerajaan mengambil lebih ramai penduduk peribumi dalam sektor awam negeri dan persekutua­n.

“Ini kerana jumlah penduduk asal peribumi berkhidmat dalam perkhidmat­an awam adalah kurang berbanding kaum-kaum lain.

“Ini adalah beberapa resolusi yang kita mahu kerajaan beri perhatian supaya penduduk peribumi Sarawak mendapat hak sewajarnya,” jelas beliau.

Antara resolusi lain ialah menggesa kerajaan memasukkan sejarah penduduk peribumi Sarawak dalam buku pelajaran sejarah.

Di samping itu, STU juga mahu kerajaan meningkatk­an jumlah pengambila­n pelajar peribumi ingin melanjutka­n pengajian tinggi ke institusi pengajian tinggi.

“Kita mahu wakil penduduk peribumi Sarawak memegang jawatan dalam pentadbira­n Yayasan Sarawak.

“Ini kerana mereka lebih memahami isu-isu berlaku di kawasan luar bandar seterusnya mencari inisiatif menye- lesaikan masalah secara bersama,” katanya.

Tambahnya, STU juga mahu kerajaan Pakatan Harapan ( PH) menyediaka­n kemudahan asas lebih selesa kepada penduduk peribumi luar bandar.

Menurutnya, masih terdapat kawasan tercicir daripada akses kemudahan asas seperti bekalan elektrik malah ada yang masih menggunaka­n set jana kuasa (generator).

 ??  ?? DEBAT RESOLUSI: Jisin (duduk, empat kanan) bersama ahli STU mahu kerajaan mempertimb­ang beberapa resolusi pada bengkel di Miri semalam.
DEBAT RESOLUSI: Jisin (duduk, empat kanan) bersama ahli STU mahu kerajaan mempertimb­ang beberapa resolusi pada bengkel di Miri semalam.
 ??  ?? FORUM: (Dari kiri) Hasfa, Kipli dan Taufiq semasa Forum Keindahan Islam di MDE, Miri Jumaat lalu.
FORUM: (Dari kiri) Hasfa, Kipli dan Taufiq semasa Forum Keindahan Islam di MDE, Miri Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia