Utusan Borneo (Sarawak)

Politeknik dan Kolej Komuniti lahir ramai usahawan berilmu, berkemampu­an

-

KUCHING: Politeknik dan Kolej Komuniti telah melahirkan ramai usahawan yang berilmu serta berkemampu­an di negeri ini, untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Pengarah Politeknik Kuching Kamaludin Daud berkata antara alumni yang bersinar di Bumi Kenyalang ini adalah Ibrahim Perfume yang dimiliki bekas pelajar Politeknik Kuching Zulkipli Ibrahim.

Menurut beliau, bermula dengan membuka salun di bawah didikan dan asuhan Unit Keusahawan­an Politeknik Kuching, beliau akhirnya berjaya mengembang­kan perniagaan minyak wangi jenama sendiri setelah tamat pengajian.

Selain itu, katanya adalah Narok Udin yang berjaya menjadi kontraktor dalam bi- dang elektrik dan mekanikal di kawasan bandar Matang.

“Saya pasti ramai lagi usahawan berjaya dilahirkan oleh politeknik dan Kolej Komuniti di tanah Borneo ini,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Gerak Usahawan Kampus Zon Borneo 2018 di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Program anjuran Unit Keusahawan­an dan Alumni Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia dengan kerjasama Politeknik Kuching Sarawak itu telah disempurna­kan Timbalan Pengarah Unit Keusahawan­an dan Alumni, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Mohd Nor Mazlan Ismail.

Justeru, Kamaludin berkata Gerak Usahawan Kampus amat relevan yang bertujuan mengukuhka­n aktiviti dan daya keusahawan­an pelajar politeknik dan kolej komuniti.

Tambahnya, program berkenaan amat penting kerana menjadi salah satu pentas untuk melahirkan usahawan yang gemilang pada masa depan.

“Kejayaan usaha kita ini dengan kejayaan alumni politeknik dan kolej komuniti dalam pelbagai bidang perniagaan dan pengkomers­ialan produk,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata program Gerak Usahawan Kampus diyakini mampu melahirkan graduan holistik, berciri keusahawan­an dan seimbang.

Beliau berkata ia kerana pendedahan sedemikian akan membawa lebih impak kepada para pelajar.

Tambahnya, ia lebih-lebih lagi sekiranya program berkenaan dijalankan di luar kampus sekali gus memberi realiti alam keusahawan­an kepada pelajar terlibat.

“Mengubah kotak minda graduan untuk menjadi ‘pencipta kerja’ memerlukan didikan asuhan dan penglibata­n banyak pihak terutama institusi pendidikan itu sendiri.

“Institusi harus merancang, mengatur strategi serta tindakan yang mampu mewujudkan kesedaran dan daya keusahawan­an dialamkala­ngan graduan.

“Maka program sebegini ( Gerak Usahawan Kampus) merupakan platform yang sangat baik, di mana ia menjadi gelanggang kepada pelajar untuk terlibat dalam keusahawan­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia