Utusan Borneo (Sarawak)

2,100 orang dari Kampung Beladin sertai AMANAH Sarawak

-

BELADIN: Seramai 2,100 orang dari Kampung Beladin di sini telah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak, membuktika­n parti itu terus mendapat sokongan di Sarawak.

Pengarah Komunikasi AMANAH Sarawak Sopian Julaihi berkata kehadiran ahli baharu menyertai parti itu di Kampung Beladin amat menggalakk­an.

Kampung Beladin merupakan antara kampung yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro.

Menurutnya, Kampung Beladin kini mempunyai tiga cawangan iaitu cawangan Hulu, Tengah dan Hilir sekali gus memiliki seramai 2,100 ahli keseluruha­nnya.

“Insya-Allah, saya menjangka ramai lagi penduduk dan pengundi di kampung ini (Beladin) akan menyertai Parti Amanah Negara Negeri Sarawak pada masa terdekat ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penubuhan Cawangan AMANAH Kampung Beladin kelmarin.

Turut hadir Ketua Penaja AMANAH Sarawak Kampung Beladin Alem Den dan Setiausaha Unit Asatizah AMANAH Sarawak Zulkarnain Suibun.

Sopian berkata, selain Kampung Beladin, kemasukan ahli dari Kampung Pusa, Semarang dan kampung sekitarnya di DUN Beting Maro kini dalam proses.

Justeru beliau mengajak pengundi di kawasan DUN memilih calon AMANAH Sarawak bagi menyuaraka­n kehendak hati rakyat di situ pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang yang dijadual diadakan selewatlew­atnya 2021.

“Kami yakin pengundi di Beting Maro akan bersamasam­a AMANAH untuk memenangka­n calon kita pada Pilihan Raya Negeri nanti,” tambah beliau.

Sopian bagaimanap­un mengingatk­an ahli baharu agar dapat menjaga disiplin dan tingkah laku kerana ia boleh mencemarka­n nama parti dalam kalangan penduduk dan masyarat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia