Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif URDA membawa pembanguna­n kemudahan asas ke lapan DUN dialukan

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak mengalukan inisiatif Lembaga Pembanguna­n Ulu Rejang (URDA) untuk membawa pembanguna­n kemudahan asas ke lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata lapan DUN berkenaan adalah Ngemah, Machan, Pelagus, Katibas, Bukit Goram, Baleh, Belaga dan Murum.

Bagaimanap­un, proses pelaksanaa­n projek masih lagi berbentuk kronisme dan tidak betul.

“Projek tersebut melibatkan sejumlah 20 pakej projek pembinaan jalan perhubunga­n dengan nilai RM1,181 juta.

“Sebuah projek jambatan bernilai RM14 juta dan 15 pakej projek bekalan air bersih bernilai RM277 juta,” kata Chong menerusi kenyataan akhbarnya semalam.

Walaupun ia projek besar, pihak URDA berhasrat untuk melantik tiga konsultan iaitu satu untuk pembinaan jalan, jambatan dan bekalan air.

Beliau meminta Pengerusi URDA Tan Sri Datuk Amar James Masing memberi penjelasan yang memuaskan bagi menjawab pelbagai persoalan.

“Antaranya adalah mengapa URDA hanya melantik tiga konsultan bagi 21 pakej pembinaan jalan perhubunga­n, jambatan dan bekalan air?

“Siapa yang bertuah itu sehingga sanggup diberi layanan sebegitu daripada URDA? Bagaimana dan kenapa mereka dipilih?

“Terdapat lebih daripada 50 konsultan kejurutera­an awam daripada firma yang berkelayak­an yang juga memerlukan pekerjaan.

“K e n a p a K e r a j a a n Sarawak tidak membahagik­an ia sama rata bagi syarikat- syarikat di Sarawak daripada hanya memberi kepada syarikat kegemaran mereka sahaja?

“Ingin saya tegaskan di sini iaitu Kerajaan Sarawak perlu mengubah amalan kronisme ini dan polisi Kerajaan Sarawak yang memberikan kepada satu atau dua orang sahaja,” tambahnya.

Chong berkata sekarang merupakan Malaysia ba- haru dengan kerajaan baharu, walaupun Sarawak masih dipimpin rejim BN di bawah nama baharu GPS, kerajaan persekutua­n mempunyai standard berlainan.

Katanya, semua projek kerajaan mestilah telus dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia mempunyai kuasa untuk membersihk­an mereka ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia