Utusan Borneo (Sarawak)

Penghantar ayam maut tersepit lif angkut barang

-

Haron yang dinamakan sebagai defendan ketiga, tidak diperintah­kan membayar kos berkenaan.

Kos itu membabitka­n ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang cedera kepala dan retak saraf tunjang sehingga menyebabka­n mangsa lumpuh seumur hidup serta bagi pembelian lampin pakai buang, tiub makanan, beg kencing, katil, tilam dan jururawat persendiri­an.

Plaintif diwakili peguam R. Kameswary dan Mazlinda Mahmud manakala defendan diwakili Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah & Azman. Bagaimanap­un peguam defendan tidak hadir ketika mahkamah membacakan keputusan semalam.

Sementara itu, Kameswary ketika ditemui pemberita berkata plaintif memulakan tuntutan pada April lepas dan proses perbicaraa­n memakan masa selama dua hari dengan empat saksi dipanggil termasuk pengasas maahad tahfiz berkenaan, Datuk Adnan Hashim.

“Semakan mendapati van yang dinaiki mangsa tidak mempunyai insurans terhadap pelajar- pelajarnya dan pada hari kejadian telah dipandu oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen kenderaan.

“Justeru, mahkamah memutuskan defendan pertama iaitu pemandu van, defendan kedua iaitu pemilik van (CT-One Corporatio­n Sdn Bhd) dan defendan keempat, Maahad Tahfiz Al-Hashimi perlu bertanggun­gjawab 100 peratus terhadap kecederaan yang dialami mangsa,” katanya.

Jun tahun lepas, tujuh daripada 12 pelajar tahfiz termasuk seorang berasal dari Thailand, terbunuh dengan lima daripadany­a maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai.

Dua belas pelajar maahad tahfiz berkenaan yang dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir al- Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu di sini, berdepan saat mengerikan apabila van yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah rumah di Km55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai. — Bernama GEORGE TOWN: Seorang penghantar ayam maut selepas tersepit pada lif mengangkut barang di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Penang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian jam 10 pagi itu, Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19, dikatakan berada di situ untuk menghantar bekalan ayam yang dipesan restoran tersebut.

“Mangsa tersepit pada lif mengangkat barang di tingkat tiga restoran berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarka­n oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Katanya siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan 18 penagih dadah dalam Ops Sarang yang dijalankan di lokasi sarang penagih dadah di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal dan Tasek Gelugor, kelmarin.

Katanya dalam operasi bermula jam 5 pagi dan tamat pada 6 petang itu, polis menahan 18 lelaki berusia 18 hingga 53 tahun, masing-masing bekerja sebagai buruh dan penganggur.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam sarang penagih tersebut, polis merampas heroin seberat 8.1 gram dan syabu (0.2 gram) bernilai RM314 daripada 10 penagih dadah berkenaan,” katanya.

Katanya, ujian air kencing mendapati 18 lelaki itu positif dadah dan semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEJAYAAN BESAR: Hasanuddin (dua kanan) menunjukka­n bungkusan guni berisi pil kuda yang dianggarka­n bernilai RM23.64 juta dalam serbuan di Kampung Banggol Stol, Pasir Mas, Khamis lalu, ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan semalam.
— Gambar Bernama KEJAYAAN BESAR: Hasanuddin (dua kanan) menunjukka­n bungkusan guni berisi pil kuda yang dianggarka­n bernilai RM23.64 juta dalam serbuan di Kampung Banggol Stol, Pasir Mas, Khamis lalu, ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia