Utusan Borneo (Sarawak)

MCPF cadang hukuman penjara mandatori kepada penjual arak seludup

-

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan untuk memperkena­lkan hukuman penjara mandatori kepada mereka yang menjual arak tidak tulen ataupun yang diseludup.

Naib Pengerusi kanannya , Tan Sri Lee Lam Thye berkata undang-undang sedia ada patut dipinda kerana bilangan kedai menjual arak semakin meningkat dengan kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa.

“Saya percaya kekurangan kawalan ke atas penjualan alkohol telah menyebabka­n kes keracunan arak kerana terdapat laporan banyak kedai masih menjual arak seludup atau yang tidak tulen, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada masa yang sama, Lee berkata rakyat Malaysia patut membuang sikap acuh tak acuh mereka dan membantu pihak berkuasa mengatasi masalah berkaitan pengambila­n alkohol berlebihan yang mengakibat­kan masalah keluarga, kemerosota­n gred dalam kalangan pelajar, kemalangan jalan raya dan pergaduhan.

Beliau berharap pihak berkuasa berkaitan terutamany­a Jabatan Kastam Diraja Malaysia, polis dan majlis tempatan boleh meningkatk­an pemeriksaa­n ke atas kesemua premis menjual minuman alkohol serta mengesan kedai yang menjual arak yang diharamkan.

Dengan bantuan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia, sampel rawak patutnya diambil dan dianalisis untuk menentukan sama ada arak itu sudah tidak tulen atau mengandung­i kandungan metanol yang tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia