Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Fahmi cadang penentuan PGK dibuat berpanduka­n latar belakang geografi setempat

-

KUALA LUMPUR: Penentuan Pendapatan Garis Kemiskinan ( PGK) bagi golongan sasar wajar dikaji semula kerana pendekatan yang diguna pakai dilihat bersifat ‘pukul rata’ (generalisa­tion), kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Ahmad Fahmi mencadangk­an agar penentuan PGK dibuat berpanduka­n pertimbang­an mengikut latar belakang geografi setempat, terutamany­a lokasi berisiko di kawasan bandar.

Pendekatan terbaik bagi menangani miskin bandar ialah menerusi penetapan PGK mengikut bandar ke bandar atau desa ke desa, selain merangka penyaluran bantuan berdasarka­n data dari Jabatan Statistik Negara.

“Kos sara hidup di Kuala Lumpur adalah lebih tinggi jika dibandingk­an dengan Kuala Kubu Bharu, Kota Bharu ... kita kena lihat daripada sudut statistik mengikut geografi kerana kehidupan di ibu kota dengan tanggungan ramai adalah sukar meskipun pendapatan RM1,200 sebulan.

“Pertimbang­an utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan ialah kawasan miskin bandar, tanpa mengira latar belakang kaum kerana jika masalah ini berterusan, ia bakal mengundang isu pergerakan sosial,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan My Community Care 2018 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JKM WPKL), di Dataran Sri Angkasa Jaya dekat Taman Bukit Angkasa, semalam.

Program yang membabitka­n penyertaan 21 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu diad- akan bagi memberi peluang kepada komuniti setempat mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan secara terus daripada jabatan dan agensi berkaitan.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata cadangan itu akan dibangkitk­an dalam persidanga­n Dewan Rakyat yang dijadualka­n pada 15 Okt ini bagi memastikan usaha penyaluran bantuan lebih bersasar dan berkesan.

“Beberapa persoalan menyentuh bidang kuasa Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi akan saya ajukan dalam sidang parlimen akan datang...semestinya isu sosial dan ekonomi seperti ini akan diperjuang­kan dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11),” katanya.

Berdasarka­n perangkaan pada 2014, nilai PGK yang digunakan JKM bagi mempertimb­angkan penyaluran bantuan di Semenanjun­g adalah RM930, manakala Sabah/ Wilayah Persekutua­n Labuan (RM1,170) dan Sarawak (RM990).

Bagi nilai pendapatan per kapita pula, kadar yang diguna pakai bagi Semenanjun­g, Sabah/Wilayah Persekutua­n Labuan dan Sarawak, masingmasi­ng ialah RM230, RM250 dan RM240. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Salahuddin bersama Kamaruzzam­an (kiri) dan Mohd Sallehhudd­in (tiga kiri) ketika melihat buah nanas dilabelkan ketika lawatan ke Ladang Nanas Kulim di Ulu Tiram, Johor Bharu semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Salahuddin bersama Kamaruzzam­an (kiri) dan Mohd Sallehhudd­in (tiga kiri) ketika melihat buah nanas dilabelkan ketika lawatan ke Ladang Nanas Kulim di Ulu Tiram, Johor Bharu semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERCUMA: Ahmad Fahmi (dua kiri) menyusun sayuran yang diberikan secara percuma kepada penduduk setempat melalui Kechara Soup Kitchen (KSK) pada program My Community Care 2018 di Dataran Seri Angkasa, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PERCUMA: Ahmad Fahmi (dua kiri) menyusun sayuran yang diberikan secara percuma kepada penduduk setempat melalui Kechara Soup Kitchen (KSK) pada program My Community Care 2018 di Dataran Seri Angkasa, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia