Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlu kawasan penanaman nanas lebih luas penuhi permintaan eksport

-

JOHOR BAHRU: Negara memerlukan 3,000 hektar tanah lagi sebagai kawasan penanaman nanas Premium MD2 bagi memenuhi permintaan eksport yang semakin meningkat pada masa ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata buah tersebut ketika ini mendapat permintaan tinggi di 13 negara termasuk Oman, Iran, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Turki, China, Singapura, Korea Selatan dan terbaharu Kuwait.

Namun, dengan kawasan penanamann­ya yang hanya seluas 2,000 hektar di seluruh Malaysia setakat ini, ia sedikit menyukarka­n Malaysia menampung permintaan berkenaan.

“Potensi nanas ini sangat besar, malah hari ini ( semalam) pun dua kontena nanas (bersamaan 36 tan) telah dihantar ke pasaran Kuwait. Jadi kita menyasarka­n untuk mengeluark­an sebanyak 100 kontena bersamaan 1,800 tan metrik nanas sebulan.

“Daripada jumlah itu, 50 kontena atau 900 tan metrik nanas akan dieksport,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melawat ladang nanas Kulim (Malaysia) Berhad di Ulu Tiram, di sini, semalam.

Salahuddin berkata pada masa depan, pihaknya menyasarka­n untuk menembusi pasaran Eropah namun kini fokus lebih terarah kepada pasaran China berikutan bekalan nanas belum men- cukupi.

Beliau berkata, buat masa ini, dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak bersetuju menawarkan tanah untuk diusahakan dengan penanaman nanas namun belum diputuskan secara muktamad.

Beliau berkata semua pihak diingatkan agar harus menjaga mutu dan kualiti buah yang dieksport supaya tidak menjejaska­n kepercayaa­n negara luar terhadap pengeluara­n nanas di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia