Utusan Borneo (Sarawak)

Pulangan lebih besar boleh digunakan untuk sambung pengajian

-

PASIR PUTEH: Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) mencadangk­an setiap pelajar yang menyertai Kiosk Coop Niaga yang ditubuhkan di 395 sekolah menengah di seluruh negara menambah saham mereka kepada RM100 berbanding RM5 sekarang bagi mendapatka­n pulangan yang lebih besar.

Presidenny­a Datuk Abdul Fatah Abdullah berkata penambahan saham itu dapat membantu mereka terutama pelajar miskin mendapat modal dan keuntungan yang lebih baik sebaik sahaja mereka tamat di peringkat menengah, sekali gus dapat dijadikan wang pendahulua­n ketika mahu menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.

“Modal dan keuntungan itu dapat membantu mereka menyediaka­n perbelanja­an awal seperti pakaian dan keperluan lain sebelum mendapat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kiosk dan Gelanggang Petanque Koperasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil di sini, semalam.

Abdul Fatah berkata sebahagian besar koperasi berkenaan memperoleh keuntungan melebihi 20 peratus setiap tahun dan membolehka­n pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti kokurikulu­m dan program kecemerlan­gan pelajar.

“Bagaimanap­un pelajar pula mendapat faedah yang tidak seberapa disebabkan mereka melabur dalam jumlah saham yang terlalu kecil,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas kira-kira dua juta pelajar, guru dan kakitangan

Modal dan keuntungan itu dapat membantu mereka menyediaka­n perbelanja­an awal seperti pakaian dan keperluan lain sebelum mendapat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Datuk Abdul Fatah Abdullah Presiden ANGKASA

sekolah menyertai koperasi dengan jumlah pelaburan sebanyak RM25 juta.

Dalam pada itu, Abdul Fatah berkata pihaknya mensasarka­n menjelang 2020, lebih 50 koperasi sekolah mencatatka­n hasil jualan melebihi RM1 juta setiap tahun berbanding hanya 15 koperasi ketika ini yang menjana keuntungan jualan sebanyak RM700,000 juta setahun.

Beliau berkata setiap koperasi boleh mempelbaga­ikan hasil jualan termasuk membekalka­n barangan keperluan asas seperti beras kepada kantin sekolah untuk mendapatka­n keuntungan yang lebih lumayan.

“Kita berharap tiada halangan daripada pihak- pihak tertentu untuk membolehka­n pihak sekolah berbuat demikian,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) berkenan menyampaik­an Anugerah Tokoh Siswa 2017 kepada mahasiswa dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Fatin Azzahra Lokman (tiga kanan) pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017, di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dekat Arau, semalam. Berangkat sama Tuanku Lailatul Shahreen (empat kanan).Turut hadir Maszlee (dua kanan).
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) berkenan menyampaik­an Anugerah Tokoh Siswa 2017 kepada mahasiswa dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Fatin Azzahra Lokman (tiga kanan) pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017, di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dekat Arau, semalam. Berangkat sama Tuanku Lailatul Shahreen (empat kanan).Turut hadir Maszlee (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia