Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAP disaran wujud program latih pelajar memiliki ketokohan tinggi

-

ARAU: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l menitahkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif mewujudkan program khusus untuk melatih pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang mempunyai ciri- ciri ketokohan tinggi.

Menurut baginda silibus program itu harus merangkumi pemantapan jati diri sebagai bangsa Malaysia, penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris termasuk pengucapan dan penulisan serta pembentuka­n, penerapan dan pemantapan nilai-nilai ketokohan dalam diri pelajar.

“Program khusus ini adalah sebagai persediaan mereka menghadapi masa depan yang semakin mencabar selain memenuhi keperluan menjadi negara maju,” titah Tuanku Syed Faizuddin yang berkenan merasmikan Majlis Anugerah Tokoh Siswa Universiti Awam 2017 di Dewan Ilmu UniMAP di sini, malam kelmarin.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP berangkat sama.

Turut hadir Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Datuk Kamel Mohamad, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir serta Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zu Azhar Zahid Jamal.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah pelajar harus memiliki ciri- ciri kepimpinan, pemikiran yang tajam dan fokus, toleransi, berperibad­i mulia dan bijak untuk menjadi tokoh sebagai pemimpin masa depan.

Pada majlis itu, pelajar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia Fatin Azzahra Lokman dinobatkan sebagai Tokoh Siswa 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia