Utusan Borneo (Sarawak)

Jadual padat menanti PM di UNGA

-

GUA MUSANG: Sebanyak 18 pasangan daripada kalangan masyarakat Orang Asli dinikahkan secara serentak dalam Program Perkahwina­n Perdana yang diadakan di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini, semalam.

Program perkahwina­n itu dianjurkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) dan Majlis Agama Islam dan Adat Isitadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pegawai Dakwah Kanan MAIK Siti Farahida Fauzi berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan usaha pelbagai pihak menganjurk­an pelbagai program untuk kemajuan hidup masyarakat Orang Asli terutama yang tinggal di Kelantan.

“Kebanyakan masyarakat Orang Asli ramai yang telah memeluk agama Islam justeru mereka sewajarnya mengamalka­n ajaran agama sekali gus dapat membimbing anak-anak dengan pelbagai amalan yang dituntut oleh Islam.

“Kita melihat pasangan masyarakat Orang Asli yang baharu bernikah itu cukup ceria kerana mereka dikumpulka­n dalam satu majlis dan bernikah secara beramai-ramai,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup perkahwina­n tersebut di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Cancelor (Akademik Antarabang­sa) UniSZA, Prof Dr Mahazirah Mohamad, dan Pengarah JAKOA Kelantan/ Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid.

Pernikahan itu dilakukan tiga jurunikah diketuai Pegawai Agama Jajahan, Khairudin Mohamad, Ab Hadi Abdullah dan Ahmad Nordin.

Seorang peserta Orang Asli, Hadi Rudi, 23, berkata beliau teruja apabila dapat bernikah secara beramai-ramai dan dapat menghilang­kan perasaan malu ketika berdepan dengan jurunikah.

Beliau mengakui sudah ada niat berumah tangga dengan wanita pilihan tetapi tidak menyangka dapat menyambut hari bahagianya secara besar-besar bersama beberapa rakan-rakan yang lain.

“Pada mulanya rasa gementar ketika berdepan dengan jurunikah, tetapi selepas selesai bernikah rasa seronok pula,” katanya.

Seorang lagi peserta, Juwita Mohd Hafiz, 18, berkata beliau berasa seronok kerana dapat berkumpul dengan rakan sebaya untuk berkahwin secara Islam dan tidak menyangka diberi sambutan meriah.

“Kami terima perubahan hidup cara Islam supaya kehidupan lebih berkat dan dapat melahirkan zuriat yang soleh suatu masa nanti,” katanya. — Bernama NEW YORK: Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-73 Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat dari 25 hingga 29 Sept depan.

Perdana Menteri dijadual menyampaik­an ucapan di PBB pada 28 Sept yang bakal sarat dengan butir- butir penting mengenai dasar luar negara Malaysia baharu selain mempertaha­nkan pendirian dan prinsip negara mengenai isu-isu yang berkepenti­ngan kepada Malaysia.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ucapan perdana menteri itu amat penting kepada kementeria­nnya kerana akan menjadi satu ucapan dasar terhadap dasar-dasar baharu luar Malaysia susulan perubahan dalam pentadbira­n negara selepas pilihan raya umum yang lalu.

“Ini bukan kali pertama perdana menteri menghadiri dan berucap di perhimpuna­n agung PBB, namun ini kali pertama bagi beliau yang mengetuai kerajaan baharu dan kami di Kementeria­n Luar, tidak sabar untuk mendengar,” katanya kepada kumpulan media Malaysia yang bakal membuat liputan perhimpuna­n PBB itu di sini.

Saifuddin berkata, perdana menteri akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, dan beliau sendiri selaku Menteri Luar selain beberapa pegawai kanan kerajaan.

Selain ucapan di PBB, Dr Mahahir dijangka mempunyai jadual padat sepanjang lima hari di sini bermula dengan sesi dialog dengan anggota United States Council on Foreign Relations, yang akan membincang­kan situasi di Malaysia serta hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Perdana menteri seterusnya akan menyertai acara Bloomberg Global Business Forum, dalam perbincang­an panel bertajuk ‘Kemunculan Hubungan Perdaganga­n Global’.

Saifuddin berkata pada 27 Sept pula, Dr Mahathir akan menyampaik­an ucapan bertajuk ‘Wawasan bagaimana Malaysia akan memenuhi cabaran menghadapi soal keselamata­n kemakmuran dan dan kemapanan di Asia’.

Pada hari yang sama, perdana menteri juga akan menyampaik­an ucaptama di acara ‘ Mencapai SDGs: Mendedahka­n Potensi Kewangan Islam’ yang akan diadakan di ibu pejabat PBB anjuran Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, Program Pembanguna­n PBB (UNDP) dan Bank Pembanguna­n Islam (IDB).

Dr Mahathir juga dijadual akan ditemu ramah beberapa akhbar Amerika Syarikat termasuk Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal.

“Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan usahawan terkemuka dan bakal pelabur dari Amerika Syarikat sepanjang lawatan tersebut,” katanya.

Perdana Menteri akan mengakhiri lawatannya dengan acara majlis makan malam bersama rakyat Malaysia yang menetap di New York dan kawasan berdekatan.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata pihaknya menerima banyak permohonan daripada pemimpin negara lain untuk bertemu dengan Dr Mahathir sewaktu perhimpuna­n itu yang akan diumumkan kemudian.

Saifuddin berkata, beliau bersama Mohamad dan Dzulkefly juga mempunyai acara masing-masing sepanjang perhimpuna­n PBB tahun ini yang bertemakan ‘Menjadikan Pertubuhan Bangsa Bersatu Relevan untuk Semua Orang: Kepemimpin­an Global dan Tanggungja­wab Bersama untuk Masyarakat yang Aman, Sama Rata dan Lestari.’ — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKLIMAT: Khairudin (kiri) selaku ketua jurunikah memberi taklimat kepada 18 pasangan Orang Asli yang bernikah pada Program Perkahwina­n Perdana di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, dekat Gua Musang, semalam.
— Gambar Bernama TAKLIMAT: Khairudin (kiri) selaku ketua jurunikah memberi taklimat kepada 18 pasangan Orang Asli yang bernikah pada Program Perkahwina­n Perdana di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, dekat Gua Musang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia