Utusan Borneo (Sarawak)

UMT lakar sejarah universiti pertama perkasa bidang STEM di Malaysia

-

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus melakar sejarah dalam arena pendidikan negara apabila menjadi universiti awam pertama di negara ini yang menawarkan Program Asasi Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Naib Canselorny­a, Profesor Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata pengambila­n sulung ialah pada Jun lalu dan kesemua 60 pelajar Asasi STEM turut melibatkan diri di dalam program mentor-mentee STEM UMT dengan bertindak sebagai mentor bersama murid sekolah.

“Program Asasi STEM di UMT membuktika­n komitmen yang tidak berbelah bahagi pihak UMT dalam mendukung aspirasi negara terhadap penggalaka­n minat pelajar serta meningkatk­an jumlah pelajar yang mengikuti bidang STEM di Malaysia, selaras dengan resolusi bidang fokus pendidikan dan modal insan yang dihasratka­n kerajaan selama ini.

“UMT juga ingin terus menawarkan pemindahan ilmu kepada komuniti setempat melalui pelbagai kaedah hasil perbincang­an Jawatankua­sa Pelaksana STEM yang ditubuhkan pada 2015 seperti sekolah angkat yang bertujuan menanam minat pelajar dalam bidang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganuger­ahan watikah Profesor @ School sempena program Fiesta STEM UMT di sini semalam.

Lebih 500 pelajar sekolah menengah sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus hadir ke program tersebut untuk memupuk minat yang berterusan dalam kalangan pelajar aliran sains tulen berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan konsisten memilih aliran STEM di peringkat institusi pengajian tinggi.

Mengulas lanjut, Nor Aieni berkata hasil penyelidik­an pasukan Jawatankua­sa Pelaksana STEM UMT menunjukka­n Program Mentor Mentee 2017 berjaya dan terbukti minat pelajar terhadap mata pelajaran STEM telah meningkat.

“Begitu juga dengan 20 sekolah angkat yang menjalani program Mentor Mentee STEM menunjukka­n peningkata­n bilangan murid sekolah yang memilih ke Tingkatan 4 Sains Tulen. Ini adalah kayu pengukur bagi kejayaan program Mentor Mentee UMT yang dijalankan selama ini.

“UMT mahu dekat dengan komuniti terutama pelajar untuk membuktika­n bahawa STEM adalah pelajaran yang seronok apabila pedagogi pengajaran dan pembelajar­annya dilakukan secara interaktif.

Kejayaan kecil UMT dalam memperkasa STEM sejak 2015 menjadi ikutan beberapa universiti awam yang lain dan diharap ini akan mencetuska­n perubahan lebih besar terhadap STEM pada masa akan datang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia