Utusan Borneo (Sarawak)

Pertemuan dan rundingan menunjukka­n tanda-tanda positif

-

KANGAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU) Perlis mendakwa beberapa pemimpin UMNO negeri ini akan menyertai parti itu.

Setiausaha­nya Wan Saiful Wan Jan berkata beberapa pertemuan dan rundingan dengan pemimpin berkenaan telah dan masih berjalan serta menunjukka­n tanda- tanda positif.

“Saya fikir masanya tidak lama lagi mereka menyertai BERSATU. Bagaimanap­un, saya tidak boleh dedah nama pemimpin berkenaan sehingga segala-galanya diputuskan.

“Kami bersedia terima mereka yang kecewa dengan UMNO negeri berikutan kekalahan Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lepas,” katanya kepada media semasa ditemui selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis yang rosak dipukul ribut Isnin lepas, di sini, semalam.

Wan Saiful mendakwa berdasarka­n maklum balas dan sentimen sekarang, rakyat Perlis mahukan perubahan namun kerajaan negeri yang diterajui UMNO telah gagal memenuhi kehendak mereka.

Beliau juga mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man gagal meyakinkan anggota-anggota parti kerana beliau sendiri tidak mendapat sokongan majoriti.

“MB (Menteri Besar) ni cuma atas kertas. Mana dia perancanga­n nak bangunkan Perlis dan naikkan ekonomi negeri?” tanya Wan Saiful.

Ketua Bahagian UMNO Padang Besar merangkap Ahli Parlimen kawasan itu Datuk Zahidi Zainul Abidin tidak menafikan telah ada perbincang­an antara wakil-wakil rakyat BN dan BERSATU kira-kira dua bulan lepas.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kini mempunyai lapan anggota daripada UMNO dan satu MCA yang mewakili BN, dua PAS, tiga PKR dan satu Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas. — Bernama

Saya fikir masanya tidak lama lagi mereka menyertai BERSATU. Bagaimanap­un, saya tidak boleh dedah nama pemimpin berkenaan sehingga

diputuskan.” segala-galanya Wan Saiful Wan Jan Setiausaha BERSATU Perlis

 ?? — Gambar Bernama ?? IKHLAS: Ahmad (tengah) menyaksika­n penyerahan cek sumbangan korporat daripada Mohamat (kanan) kepada Muhammad Sanusi (kiri) pada majlis perasmian pelepasan Misi Kebajikan dan Kemanusiaa­n Gempa Bumi Lombok di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
— Gambar Bernama IKHLAS: Ahmad (tengah) menyaksika­n penyerahan cek sumbangan korporat daripada Mohamat (kanan) kepada Muhammad Sanusi (kiri) pada majlis perasmian pelepasan Misi Kebajikan dan Kemanusiaa­n Gempa Bumi Lombok di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia