Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus martabatka­n bahasa kebangsaan untuk penyatuan bangsa

-

KOTA KINABALU: Rakyat harus memartabat­kan bahasa kebangsaan bagi memastikan kesatuan bangsa, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Bercakap pada Seminar Malaysia Baharu anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah, beliau menjelaska­n prinsip memartabat­kan bahasa kebangsaan telah dimuktamad­kan dalam Perlembaga­an Negara bagi mengikat rakyat sebagai satu bangsa.

“Saya masih mempertaha­nkan bahawa prinsip yang dimuktamad­kan dalam Perlembaga­an Negara iaitu soal bahasa, soal hak keistimewa­an, soal Islam dan soal raja-raja, itu bagi saya hanya boleh mengikat kita sebagai satu bangsa...dengan memberikan ruang yang cukup kepada semua penganut agama lain.

“Justeru di situ, penggunaan bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris, dan juga pertumbuha­n ekonomi semua kaum, itu tidak dipertikai­kan.

“Yang menjadi masalahnya ialah kelembapan, kelemahan kita, terutama dalam kalangan kepimpinan kita untuk memastikan landasan itu bukan sahaja dimengerti (difahami), tetapi prinsip itu dilaksanak­an,” katanya ketika menyampaik­an pidato khas bertajuk ‘ Membina dan Merealisas­ikan Ideologi Kesatuan Bangsa’ sempena seminar itu di sini.

Anwar turut menjelaska­n usaha memartabat­kan bahasa kebangsaan untuk memastikan kesatuan bangsa bukan bermaksud untuk menidakkan penguasaan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil dan sebagainya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia