Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan di 4 negeri ditangguh, Kedah diadakan semula

Banyak insiden di luar jangkaan berlaku di Kedah dan beberapa tempat di P. Pinang semasa pemilihan PKR

-

Laporan yang JPP terima daripada petugas-petugas di lapangan amat mendukacit­akan. Banyak insiden di luar jangkaan JPP telah berlaku khasnya di Kedah dan beberapa tempat di Pulau Pinang sehingga JPP terpaksa menangguhk­an proses pengundian di sembilan cabang di Kedah.

BUTTERWORT­H: Proses pengundian bagi pemilihan PKR di empat negeri iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka ditangguh ke tarikh lain yang akan ditentukan kemudian berikutan beberapa masalah yang dihadapi ketika proses pengundian berlangsun­g di Pulau Pinang dan Kedah kelmarin.

Ekoran masalah itu, proses pemilihan di Kedah dibatalkan dan akan diadakan semula pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kata Setiausaha Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop.

Beliau berkata proses pengundian akan bermula pada 30 Sept di Johor seperti jadual yang ditetapkan JPP, iaitu selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson.

Demikian juga tarikh pengundian bagi Negeri Sembilan dan Melaka.

“Semua proses pengundian yang telah dijalankan di Kedah dibatalkan semuanya. Proses pengundian yang dijadual untuk Perak dan Perlis yang dijadualka­n esok (hari ini) juga ditangguhk­an. JPP akan menetapkan tarikhtari­kh baharu bagi kesemua cabang di negeri- negeri berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini malam kelmarin.

Bagi pemilihan PKR di Pulau Pinang, Ismail berkata keputusan pengundian semalam diterima tanpa pe- rubahan sehingga terdapat bantahan secara bertulis daripada pihak yang tidak berpuas hati.

Katanya JPP akan meneliti semua bantahan itu dan mengadakan perbincang­an di peringkat JPP dan kepimpinan PKR sebelum menentukan sama ada keputusan di Pulau Pinang akan dikekalkan atau sebaliknya.

“Laporan yang JPP terima daripada petugas- petugas di lapangan amat mendukacit­akan. Banyak insiden di luar jangkaan JPP telah berlaku khasnya di Kedah dan beberapa tempat di Pulau Pinang sehingga JPP terpaksa menangguhk­an proses pengundian di sembilan cabang di Kedah.

“Di samping itu, bilik gerakan JPP juga menerima beberapa aduan terhadap proses pengundian yang berlaku di Pulau Pinang,” katanya.

Ismail berkata pihaknya telah mengenal pasti beber- apa masalah yang dihadapi semasa proses pengundian di Kedah dan Pulau Pinang semalam terutama daripada segi kefahaman sistem dan proses pengundian ‘e-voting’.

Beliau berkata terdapat kekurangan sokongan teknikal di tempat pengundian bagi membantu petugas-petugas mengendali­kan proses pengundian sehingga menyebabka­n beberapa insiden tidak diingini berlaku selain wujud kekeliruan mengenai status anggota-anggota parti dalam senarai anggota yang layak mengundi.

“JPP telah membuat persiapan untuk menangani isuisu ini, namun oleh kerana ini adalah pengalaman pertama mengendali­kan proses e-voting maka proses semakan dan pemutihan maklumat anggota yang diharapkan dapat dilakukan serentak dengan proses pengundian tidak dapat dilaksanak­an dengan lancar dengan kehadiran jumlah pengundi yang begitu ramai,” katanya.

Ismail menegaskan JPP sentiasa komited dalam memastikan proses pengundian pemilihan PKR 2018 berjalan lancar dari semasa ke semasa.

“Pihak JPP ingin menegaskan segala insiden yang berlaku hari ini (semalam) bukanlah kerana sistem evoting kerana sepanjang hari ini (semalam) bilik gerakan JPP yang memantau sistem e-voting ini berjalan tidak mendapati sebarang masalah terhadap sistem yang digunakan,” katanya.

Pemilihan PKR 2018 ber- mula di Kedah dan Pulau Pinang semalam melibatkan 105,056 anggota layak mengundi di 28 cabang bagi memilih barisan kepimpinan peringkat pusat dan cabang.

Sementara itu, di IPOH Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nur Manuty berkata pihaknya berharap pengundian menggunaka­n sistem manual digunakan semula untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan memberi keadilan kepada semua anggota parti terutama yang berumur.

“E-voting kurang berkesan terutama kepada orang yang berusia kerana ada kalangan mereka tidak celik teknologi walaupun sistem ‘ chai’ ( penyediaan senarai calon- calon) dibenarkan kali ini.

“Kita mengamalka­n dasar demokrasi satu anggota satu undi, tetapi bila yang dewasa (berusia) tidak celik IT haknya ternafi, mereka terpingapi­nga,” katanya dalam satu sidang media di sini, malam kelmarin. — Bernama

Ismail Yusop Setiausaha JPP PKR

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMILIHAN: Ismail (kiri) ketika sidang media berkaitan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang di Seberang Jaya, kelmarin.
— Gambar Bernama PEMILIHAN: Ismail (kiri) ketika sidang media berkaitan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang di Seberang Jaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia