Utusan Borneo (Sarawak)

Insiden kecoh di Merbok dan Jerai sengaja dirancang: Johari

-

SUNGAI PETANI: Insiden kekecohan yang berlaku pada proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di cabang Merbok dan Jerai kelmarin dipercayai dilakukan pihak tertentu yang sememangny­a dirancang lebih awal dan membabitka­n pemimpin tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul berkata ia berdasarka­n kepada insiden yang berlaku berturuttu­rut sebelum itu yang pada mulanya di Sungai Petani diikuti Merbok dan Jerai selepas itu.

“Mereka dipercayai individu sama yang seramai lebih 50 orang dan terdapatny­a beberapa pemimpin parti tempatan yang membuat kecoh di Sungai Petani dan kemudianny­a di dua tempat itu.

“Saya sendiri melihat kejadian itu ketika melawat pusat pemilihan cabang Jerai di Sekolah Jenis Kebangsaan ( C) Choong Hwa di Gurun apabila sekumpulan individu datang merempuh dewan dan bertindak ganas secara tiba- tiba,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Polis telah menahan 10 lagi lelaki yang dipercayai terlibat menimbulka­n kekecohan semasa pemilihan PKR Cabang Merbok sehingga menyebabka­n kecederaan dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata tangkapan itu sekali gus menjadikan keseluruha­n 14 lelaki berumur lingkungan 20 hingga 50-an ditahan polis untuk membantu siasatan kes itu.

Berikutan itu pada lewat malam kelmarin, Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) memutuskan proses pengundian bagi pemilihan PKR 2018 di lima negeri – Kedah, Perak, Perlis, Melaka dan Johor, ditangguh manakala keputusan pengundian di Pulau Pinang diterima.

Ekoran itu keputusan enam cabang di Kedah dibatalkan semuanya berikutan beberapa isu berbangkit di pusat-pusat mengundi.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani dan turut bertanding bagi jawatan Naib Presiden bagi pemilihan ini kesal dan menyifatka­n keadaan itu sepatutnya tidak berlaku dan mengharapk­an JPP bersedia lebih awal untuk tarikh pemilihan baharu.

Beliau turut mencadangk­an agar pemilihan secara manual boleh digunakan sekiranya sistem e- undi mengalami masalah.

“Bersedia lebih awal dengan menggunaka­n dewan yang besar dan sesuai, anggota keselamata­n yang mencukupi dan pelan tindakan sekiranya berlaku masalah sistem,” katanya.

Johari juga memohon maaf kepada anggota parti yang masih terkejut dengan keadaan itu dan berharap rakyat tidak membuat tuduhan terhadap parti berhubung isu itu.

“Biarlah polis membuat siasatan terhadap insiden berlaku dan semoga ia menjadi pengajaran kepada semua,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia