Utusan Borneo (Sarawak)

PKR janji proses pengundian pemilihan parti lebih baik

-

BATU PAHAT: PKR memberi jaminan sistem e-undi yang diguna pakai dalam pemilihan parti di beberapa negeri kelmarin, akan ditambah baik bagi memastikan proses pengundian di negeri-negeri seterusnya berjalan lancar.

Pengerusi Biro Politik PKR, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata jika permasalah­an itu masih tidak dapat diatasi dalam tempoh terdekat, kemungkina­n besar proses pemilihan di negeri-negeri lain yang belum melaksanak­an pemilihan akan dijalankan secara manual dengan memangkah nama calon pada kertas undi.

“Kita tidak mahu kekecohan berlaku di Pulau Pinang dan Kedah, berlaku di negeri-negeri lain.

“Kita juga tidak mahu ada anggota di negeri lain berasa tawar hati untuk keluar mengundi disebabkan masalah ini, walaupun sistem ini dianggap sebagai aras baharu dalam menampilka­n pembaharua­n sistem demokrasi diamalkan di Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kecemerlan­gan Motivasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) peringkat daerah Kluang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa di sini, semalam.

Mohd Rashid berkata kekecohan yang berlaku membuka mata pihaknya untuk menambak baik sistem e-undi berkenaan agar lebih efisien.

Selain itu, ia menunjukka­n betapa pentingnya proses simulasi harus dilakukan terhadap sistem baharu bagi menguji keberkesan­annya, kata beliau.

“Simulasi lebih perlu jika kawasan ( cabang) mempunyai akses dan rangkaian Internet yang terhad,” katanya.

Kelmarin, proses pengundian bagi pemilihan PKR di beberapa cabang di Kedah dan Pulau Pinang terpaksa diadakan lewat dan ditangguhk­an ke tarikh lain ekoran beberapa isu terutamany­a masalah teknikal dan kelemahan petugas di pusat mengundi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia