Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan PKR ditangguh supaya bersih

-

KOTA KINABALU: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penangguha­n pemilihan jawatan parti itu di beberapa negeri kelmarin dan semalam adalah bagi memastikan pemilihan itu bersih.

Katanya dengan penangguha­n itu, ia akan memberi ruang kepada jawatankua­sa pemilihan parti bagi memperbaik­i sebarang kelemahan yang ada.

“Ada kelemahan-kelemahan dalam pemilihan, sebab itu (ada negeri ditangguh) Kedah semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) Perak bagi memastikan pemilihan itu bersih… Saya punya jawapan, orang yang baling kerusi itu, saya akan ‘baling’ keluar dari parti,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2018 anjuran PKR API-Api di sini semalam. Turut hadir ialah Pengerusi PKR Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew.

Kelmarin diumumkan, proses pengundian bagi pemilihan PKR di empat negeri iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka ditangguh ke tarikh lain yang akan ditentukan kemudian berikutan beberapa masalah yang dihadapi ketika proses pengundian berlangsun­g di Pulau Pinang dan Kedah kelmarin.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Jawatankua­sa Pemilihan Parti ( JPP) PKR Ismail Yusop.

Ismail berkata proses pengundian akan bermula pada 30 Sept di Johor seperti ditetapkan JPP, iaitu selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson.

Demikian juga tarikh pengundian bagi Negeri Sembilan dan Melaka.

Anwar menegaskan, pemilihan jawatan dalam PKR sekarang merupakan perlawanan dalam keluarga dan setiap ahli parti mempunyai satu undi dan berhak untuk mengundi sesiapa pun pemimpin yang terbaik untuk menjadi pemimpin dalam PKR.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an pidato umum bertajuk ‘ Membina dan Merealisas­ikan Ideologi Kesatuan Bangsa’, pada Seminar Malaysia Baharu, Anwar berkata penangguha­n itu ialah untuk memantapka­n sistem pemilihan yang ada.

Beliau berkata beliau tidak mahu ada kecelaruan berhubung sistem pemilihan itu dan JPP PKR sudah diarah memperbaik­i kelemahan itu.

Sementara itu, pagi semalam Anwar mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SABOTAJ: Kekecohan berlaku antara anggota Parti Keadilan Rakyat selepas sidang media berkaitan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang yang diadakan oleh pihak Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR di Seberang Jaya, kelmarin.
— Gambar Bernama SABOTAJ: Kekecohan berlaku antara anggota Parti Keadilan Rakyat selepas sidang media berkaitan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang yang diadakan oleh pihak Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR di Seberang Jaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia