Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak tolak wujud unsur sabotaj imej PKR

-

KUALA LUMPUR: PKR tidak menolak kemungkina­n terdapat unsur sabotaj untuk mencemarka­n imej parti itu susulan kekecohan yang berlaku pada Pemilihan PKR 2018 di Kedah dan Pulau Pinang, kelmarin.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata Lembaga Disiplin PKR perlu lakukan siasatan segera berhubung insiden itu dan mengenal pasti individu yang terlibat.

“Saya minta Lembaga Disiplin PKR untuk teliti video kekecohan itu dan individu yang terlibat... mereka ini perlu dikenakan tindakan disiplin yang keras kerana nasihat serta garis panduan sepanjang proses pemilihan adalah jelas dan kerap diingatkan.

“Saya tidak menolak kemungkina­n perkara itu (unsur sabotaj) berlaku...malah jika ada unsur jenayah kita mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmi- kan program My Community Care 2018 di Dataran Sri Angkasa Jaya dekat Taman Bukit Angkasa, semalam.

Kelmarin, beberapa siri kekecohan berlaku pada proses pemilihan PKR di dua negeri itu termasukla­h pada sidang media Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) di Seberang Jaya apabila ada dalam kalangan ahli tidak berpuas hati bergaduh sesama sendiri dan membaling kerusi.

Selain kekecohan, keputusan pemilihan PKR Kedah dibatalkan dan pengundian akan diadakan semula pada satu tarikh baharu berikutan beberapa masalah ketika proses pengundian yang berlangsun­g di negeri itu.

Ekoran masalah itu, proses pemilihan bagi Perlis dan Perak yang sepatutnya berlangsun­g hari ini serta dua lagi negeri, iaitu Melaka pada 29 Sept dan Negeri Sembilan pada 20 Okt turut ditangguhk­an ke tarikh baharu.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata Biro Politik PKR akan bermesyuar­at Selasa ini untuk meneliti laporan JPP mengenai insiden itu dan sistem e-undi untuk memastikan proses pemilihan akan datang tidak lagi dicemari dengan masalah sama.

Pemilihan PKR 2018 membabitka­n pemilihan jawatan timbalan presiden, naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat, ketua Wanita pusat dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Sejumlah 800,000 anggota PKR seluruh negara layak mengundi pada pemilihan kali ini yang turut menyaksika­n penggunaan sistem e-undi buat kali pertama oleh parti itu, bahkan pertama kali di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia