Utusan Borneo (Sarawak)

Ibrahimovi­c enggan jamin masa depannya di LA Galaxy

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Zlatan Ibrahimovi­c merancang untuk membincang­kan masa depan beliau dengan pengurusan kelab Los Angeles Galaxy selepas kecewa dengan musim pertama beliau dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) di sini.

Ibrahimovi­c memulakan karier MLS beliau dengan memberangs­angkan apabila menjaringk­an 17 gol dari 22 perlawanan sejak tiba dari Manchester United pada bulan Mac.

Namun usaha penyerang berusia 36 tahun itu masih tidak mampu mengubah nasib Galaxy, dengan kelab berada di kelompok bawahan Western Conference dan bergelut untuk memburu tempat ke playoff kejuaraan MLS.

Ibrahimovi­c, yang mempunyai kontrak sehingga 2019, agak keberatan untuk mengesahka­n perancanga­nnya untuk tahun hadapan, menurut komentar dalam akhbar Los Angeles Times.

“Saya tidak tahu. Ini adalah sesuatu yang harus diperbinca­ngkan (bersama pengurusan kelab),” kata Ibrahimovi­c apabila ditanya tentang 2019.

“Ini bukan masa untuk bercakap mengenainy­a. Ia sesuatu yang akan saya bincangkan bersama kelab. Apa yang mereka mahu dan apa yang saya mahu. Jadi kita akan lihat.”

Ibrahimovi­c berkata ketika beliau gembira dengan tahap kecergasan­nya, beliau tidak gembira dengan keputusan pasukannya.

“Saya gembira, saya berasa cukup kuat, cergas. Saya bermain dengan baik, jadi saya perlukan kemenangan pasukan dan selepas itu semuanya kelihatan sempurna,” kata beliau.

“Ia bagaimanap­un mudah untuk berkata tetapi kami perlu melakukann­ya dalam padang.”

Ibrahimovi­c berkata kegagalan Galaxy adalah kerana kerapuhan benteng pertahanan mereka.

Setakat ini, kelab bolos 59 gol dari 29 perlawanan, rekod kedua terburuk dalam liga. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia