Utusan Borneo (Sarawak)

Real melonjak ke tangga teratas La Liga selepas menewaskan Espanyol

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid melonjak ke tangga teratas La Liga Sepanyol dengan gol tunggal Marco Asensio memastikan kemenangan 1-0 ke atas Espanyol Sabtu lepas.

Kemenangan di Santiago Bernabeu itu mungkin meletakkan Real di tangga teratas liga untuk kurang 24 jam sebelum Barcelona boleh merampas kembali pendahulua­n liga jika menewaskan Girona pada perlawanan lewat.

Apa yang lebih membimbang­kan buat jurulatih Real, Julen Lopetegui ialah kealpaan benteng pertahanan­nya selepas enam perlawanan liga setakat ini, termasuk seri di Athletic Bilbao minggu lepas.

Ada pertukaran dilakukan dalam skuad dengan Gareth Bale, Marcelo dan Dani Carvajal direhatkan dengan Carvajal tidak langsung berada dalam skuad perlawanan selepas Real menewaskan AS Roma dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Tetapi jika mereka memberikan Atletico Madrid peluang yang sama pada perlawanan hujung minggu ini, mereka mungkin tidak bernasib baik dengan Atletico sebelum itu menewaskan Getafe 2-0 pada perlawanan di tempat sendiri.

“Perlawanan ini mendebarka­n dan pada 15 minit terakhir, kami kurang mengawal bola,” kata Lopetegui. “Perlawanan pasca Liga Juara-Juara sentiasa bahaya dan kami mengetahui­nya.”

Ketiadaan Carvajal bermakna penampilan sulung buat Alvaro Odriozola, yang menyertai Real dari Real So- ciedad pada musim panas lalu sementara Thibaut Courtois menggantik­an Keylor Navas ketika Lopetegeui meneruskan penggilira­n pemain di gawang gol.

Espanyol mempunyai dua peluang dari serangan pantas, dengan satu tandukan lemah pemain pertahanan Real, Raphael Varane untuk menolak bola keluar dari bahaya tetapi rembatan Pablo Piatti tersasar.

Tidak lama kemudian, rembatan Hernan Perez berjaya ditepis Courtois sebelum rembatan bola muntah oleh Didac Vila dihadang Casemiro.

Real lebih meyakinkan ketika menyerang dan pada minit ke-41, mereka membuka jaringan apabila Asensio menyempurn­akan hantaran Luka Modric.

Namun pengadil pada mulanya tidak membenarka­n gol kerana dikatakan ofsaid tetapi gol itu kemudian disahkan menerusi VAR dan kemudian gol yang boleh menjadi gol penyamaan Borja Iglesias pada minit akhir, dinafikan oleh VAR.

“Kami tidak akan menang 5-0 pada setiap perlawanan,” kata Varane.

Atletico bagaimanap­un men- cipta kemenangan agak selesa dengan Thomas Lemar menjaringk­an gol pertama beliau bersama Atletico.

Keputusan kelihatan sudah terjamin selepas pemain Getafe, Ivan Alejo kemudian dibuang padang selepas satu jam permainan kerana terjahan keras ke atas Saul Niguez.

Atletico tidak pernah tewas kepada Getafe dan juga tidak pernah bolos gol dari 13 pertemuan sebelum ini tetapi kemenangan adalah sangat bermakna buat Atletico selepas hanya menang sekali dari empat perlawanan liga sebelum ini. — AFP

 ?? — Gambar Reauters ?? CERIA: Asensio (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Real menewaskan Espanyol di Santiago Bernabeu, Madrid Sabtu lepas.
— Gambar Reauters CERIA: Asensio (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Real menewaskan Espanyol di Santiago Bernabeu, Madrid Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia