Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Zaifulfadi­llah dipilih presiden baharu BiFA 2019-2021

-

BINTULU: Mohd Zaifulfadi­llah Junaidi dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) baharu bagi penggal 2019-2021 menggantik­an Duke Janteng pada Mesyuarat Agung Tahunan BiFA di sini kelmarin.

Zaifulfadi­llah menang tanpa bertanding setelah seorang lagi calon, Sophie Shariee menarik diri pada pemilihan itu.

Timbalan presiden disandang Mehdi Yahya yang mendapat undi tertinggi men- genepikan Awang Jahmari Junaidi. Dua naib presiden ialah Awang Morsal Biak dan Gecefferra­ma Ebbie.

Lapan ahli jawatankua­sa ialah July Udus, Roziman Ramblie, Mohd Fadzillah Ismail, Mohd Isquandar Saudi, Zapri Manai, Shafiee Ahmad, Muhd Ilyasa Saffiee dan Samsuri Narawi.

Setiausaha dan bendahari turut dilantik secara sebulat suara dipersetuj­ui presiden dan ahli jawatankua­sa baharu BiFA terdiri Mohd Amir Firdaus Abdullah dan Awang Madihi Yatim.

Sehubungan itu, Duke berterima kasih kepada kelab- kelab di bahagian ini membantu persatuan bersama membangunk­an bola sepak di Bintulu sehingga ke peringkat lebih tinggi.

“Saya berterima kasih kepada wakil-wakil kelab memberi kerjasama sepenuhnya dan memohon maaf sepanjang saya menguruska­n BiFA hampir 10 tahun,” katanya.

Duke tidak memperta- hankan jawatan itu sebaliknya memberi peluang kepada rakan-rakan baharu menaikkan imej persatuan sekali gus mampu bersaing dengan persatuan bola sepak lain di peringkat bahagian, negeri dan negara.

 ??  ?? PENERAJU BAHARU: Mohd Zaifulfadi­llah (duduk tengah) Mehdi ( tiga kanan), Awang Morsal (tiga kiri) dan Gecefferra­ma (dua kanan) bersama ahli-ahli jawatankua­sanya.
PENERAJU BAHARU: Mohd Zaifulfadi­llah (duduk tengah) Mehdi ( tiga kanan), Awang Morsal (tiga kiri) dan Gecefferra­ma (dua kanan) bersama ahli-ahli jawatankua­sanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia