Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu lokasi ketiga acara itu selepas Miri dan Bintulu, Kuching lokasi terakhir pada 30 September ini

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Lebih 800 peserta menyertai acara ‘Silent Run Sibu’ diadakan di Stadium Tun Zaidi di sini semalam.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak (SSDeaf), Albert Wong berkata Sibu merupakan lokasi ketiga acara itu selepas Miri dan Bintulu manakala Kuching lokasi terakhir pada 30 September ini.

Katanya, di samping memupuk kesedaran orang ramai terhadap masalah pekak penganjura­n acara larian itu bagi mengumpul dana untuk Sukan Orang Pekak Malaysia Ke- 20 (SOPMA XX) pada 15 hingga 22 Oktober di Ipoh, Perak.

“Menerusi penganjura­n keempat- empat lokasi, kita menyasarka­n kutipan dana sejumlah RM600,000 digunakan untuk menampung perbelanja­an atletatlet pada SOPMA XX di Perak.

“Selain perbelanja­an untuk SOPMA, dana terkumpul juga untuk perbelanja­an aktiviti dan program sepanjang tahun ini dan tahun depan.

“Malah, atlet-atlet kita turut bertanding di peringkat antarabang­sa seperti di Asia Pacific Deaf Games dan Deaflympic­s,” katanya ditemui bersama Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan, Jason Tay menyempurn­akan pelepasan peserta larian di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u jumlah keseluruha­n orang pekak berdaftar dengan SSDeaf di seluruh Sarawak setakat ini lebih 300 orang.

Katanya, bagaimanap­un jumlah orang pekak berdaftar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sarawak adalah lebih 1,000 orang manakala 33,000 seluruh negara.

“Justeru, kami menyeru kepada ahli-ahli keluarga mempunyai masalah pendengara­n supaya berdaftar untuk mengikuti pelbagai aktiviti dan program sukan yang kita anjurkan,” katanya.

Sementara itu, seramai 500 peserta mengambil bahagian pada acara larian sejauh lima kilometer manakala selebihnya mengikuti larian sejauh tiga kilometer.

 ??  ?? MULA: Wong (dua kanan) dan Tay (tiga kanan) bersama melepaskan peserta di pekarangan Stadium Tun Zaidi, Sibu semalam.
MULA: Wong (dua kanan) dan Tay (tiga kanan) bersama melepaskan peserta di pekarangan Stadium Tun Zaidi, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia