Utusan Borneo (Sarawak)

Federer, Zverev memastikan Eropah mendahului selesa dalam Piala Laver

-

CHICAGO, Amerika Syarikat ( AS): Roger Federer dan Alexander Zverev memastikan Eropah mendahului 7- 1 ke atas Pasukan Dunia pada kejohanan Piala Laver di sini selepas keduadua pemain memenangi perlawanan perseorang­an mereka dengan bergaya Sabtu lepas.

Federer, pemain ranking kedua dunia, menang selepas 63 dan 6- 2 ke atas Nick Kyrigios pada perlawanan di United Center di sini.

Pada perlawanan awal, Zverev menyelamat­kan satu mata akhir sebelum menewaskan John Isner pada hari kedua melibatkan perlawanan perseorang­an. Zverev, 21, dipaksa bekerjaker­as sebelum menewaskan Isner 3- 6, 7- 6( 8/ 76) dan 10- 7.

Menggunaka­n format yang digunakan untuk kejohanan ini, 10 mata tiebreak digunakan berbanding set ketiga ( penentuan).

Selepas menguasai hari per- tama kejohanan pada hari Jumaat dengan memenangi tiga dari empat perlawanan, kemaraan Eropah kelihatan terjejas apabila Isner mengutip mata pertama ketika menentang Zverev.

Tetapi bintang berbakat Jerman itu menunjukka­n keazaman tinggi dengan menyelamat­kan satu mata akhir pada kedudukan 5- 6 pada tiebreak set kedua sebelum mengikat kedudukan 1- 1 untuk membawa ke permainan penentuan.

Zverev kemudian mendahului selesa pada permainan tiebreak 10 mata sebelum mengesahka­n kemenangan.

Di bawah sistem kiraan mata untuk Piala Laver, satu kemenangan pada hari kemudian memberikan dua mata, dengan kemenangan pada hari ketiga naik kepada tiga mata.

Eropah masih memerlukan 13 mata untuk memenangi kejuaraan, yang diadakan buat kali kedua. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia