Utusan Borneo (Sarawak)

Netizens doakan Chong Wei kekal semangat juang

-

KUALA LUMPUR: Bersatu di belakang bekas wira badminton nombor satu dunia, netizens semalam menyatakan kasih dan berdoa agar Datuk Lee Chong Wei mengekalka­n semangat juang sehingga ke puncak perjuangan hidupnya menentang kanser.

Mesej positif dan kata-kata dorongan terus mengalir ke akaun rasmi Instagramn­ya (@leechongwe­iofficial) sejak berita tentang penyakitny­a tersebar pada Jumaat lalu.

Ucapan selamat bukan sahaja datangnya dari rakyat Malaysia tetapi juga peminat dari negara lain.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam Instagramn­ya berharap Chong Wei segera pulih.

Khairy yang turut berkongsi gambar anaknya dan Chong Wei dengan kapsyen berkata: “GWS (semoga segera sembuh), kawan ku. Tewaskan ini seperti anda tewaskan semua orang di gelanggang.@ leechongwe­iofficial”.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kelmarin mengesahka­n bahawa bekas nombor satu dunia itu sedang menerima rawatan kanser hidung di Taiwan dan kini keadaannya beransur pulih.

Pada bulan Julai, BAM mengeluark­an kenyataan bahawa Chong Wei tidak mengambil bahagian dalam dua kejohanan besar akibat masalah pernafasan dan dinasihatk­an doktor untuk berehat.

Selebriti Alif Satar (@alifsatar) dan Puteri Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (@ zatashah) berdoa agar Chong Wei cepat sembuh.

Peminat badminton dari Indonesia, @ m.aditya_fp berkata: “Saya dari Indonesia dan saya sangat mengagumi Datuk Lee Chong Wei dengan epik permainann­ya. Semoga Datuk cepat sembuh dan boleh bermain badminton lagi”.

Beberapa netizens menyuaraka­n harapan mereka agar Chong Wei akan kembali sihat dan akan menerima hakikat jika legenda badminton itu memutuskan untuk tidak bermain lagi.

“Semoga cepat sembuh idola ku. Kalau sebelum ini masih mengharap agar Dato boleh main lagi tapi kali ini... tolong ...hanya fikir untuk pulih dan banyak berehat. Tidak perlu bermain lagi, selagi anda masih bersama kami,” kata @ nfeez. cw — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Chan dan Lorna bersama Mirabel (kiri) dan Malcom (kanan) serta yang lain pada penyampaia­n hadiah kejohanan golf ‘30th Kelab Golf Miri (KGM) Amateur Open Golf Championsh­ips 2018’ di KGM, Miri semalam.
TAHNIAH: Dr Chan dan Lorna bersama Mirabel (kiri) dan Malcom (kanan) serta yang lain pada penyampaia­n hadiah kejohanan golf ‘30th Kelab Golf Miri (KGM) Amateur Open Golf Championsh­ips 2018’ di KGM, Miri semalam.
 ??  ?? UNGGUL: Rubiah (tengah) menyampaik­an replika cek kepada Njihia sambil disaksi Ibrahim (kanan) dan Minos (kiri) pada larian Samarahan Half Marathon 2018 semalam.
UNGGUL: Rubiah (tengah) menyampaik­an replika cek kepada Njihia sambil disaksi Ibrahim (kanan) dan Minos (kiri) pada larian Samarahan Half Marathon 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia