Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berusaha menambah jumlah jurulatih atlet kurang pendengara­n

-

LIMBANG: Sarawak berusaha menambah jumlah jurulatih atlet kurang pendengara­n di negeri ini pada masa hadapan.

Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail berkata isu kekurangan jurulatih bertauliah bagi atlet kurang pendengara­n masih dihadapi di Malaysia termasuk negeri ini.

Menurutnya, atlet-atlet itu memerlukan latihan tersendiri berbanding mereka mempunyai masalah kelainan upaya lain.

“Pada masa depan kita berusaha menambah jurulatih untuk atlet kurang pendengara­n bukan sahaja di Sarawak tetapi untuk atlet di daerah ini,” katanya ditemui pada Perasmian Karnival Sukan Purnama (PURSCAR) membabitka­n 19 agensi kerajaan di sini.

Beliau mengulas mengenai dilema tujuh atlet juga pelatihpel­atih Pusat Dalam Komuniti ( PDK) Daerah Limbang berdepan ketiadaaan jurulatih sebagai persiapan mengibar cabaran kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) dan Kejohanan Para SUKMA di Perak, Oktober depan.

Mereka ialah Nopi Heriadi Taher, 25,(acara 100 meter), Felix Ryan Jenadi, 23, (lontar peluru), Rody Hilmi Rasit, 37, dan Nur Syamira Azaman, 14, (100m, 200m, 400m dan 4x100) serta Nur Mashura Sufian, 18, dan Nur Aruni Awang, 30, (acara lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing).

Manakala seorang atlet Mohamad Rafie, 19, bersaing bagi acara lontar peluru pada Para SUKMA diadakan 21 hingga 28 Oktober dan enam lagi atlet bersaing pada SOPMA pada 15 hingga 20 Oktober depan.

Mengulas mengenai karnival itu, Dr Abdul Rahman berkata kerajaan negeri menggalakk­an penganjura­n aktiviti sukan khususnya kalangan penjawat awam.

“Penjawat awam memiliki kesihatan yang terbaik mampu menjalanka­n kerja dan tanggungja­wab dengan berkesan.

“Pada masa sama, kita dapat melahirkan lebih ramai bintang dalam pelbagai sukan dipertandi­ngkan,” katanya.

Beliau juga mahu lebih banyak aktiviti dijalankan pada karnival sama tahun depan.

Sementara itu, pasukan Landas muncul juara acara perbarisan, diikuti Jabatan Pertanian di tangga kedua manakala Jaresda (Pejabat Daerah dan Residen) di tempat ketiga.

Turut sama Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Awang Nazri Awang Saperi.

 ??  ?? MERIAH: Barisan kenamaan bersama lebih 300 orang peserta PURSCAR di Limbang kelmarin.
MERIAH: Barisan kenamaan bersama lebih 300 orang peserta PURSCAR di Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia