Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain golf junior adik-beradik tepati ramalan awal merangkul gelaran

-

MIRI: Pemain golf junior adikberadi­k, Malcom dan Mirabel Ting menepati ramalan selepas berjaya merangkul gelaran juara kejohanan golf 30th Kelab Golf Miri (KGM) Amateur Open Golf Championsh­ips 2018 kategori lelaki dan wanita di sini semalam.

Bagi kategori lelaki, Malcom mewakili KGM muncul juara acara men 54 holes gross dengan mengumpul 212 mata selain menjuarai men’s qualifiers dengan kutipan 140 mata sekali gus membolehka­n beliau menjulang Piala Pusingan Datuk Patinggi Dr George Chan.

Naib juara bagi men 54 holes gross ialah Hassan Rahmat (KGM) melalui kutipan 224 mata diikuti Aw Yong Jhiew Jgin, KGM dengan markah 228.

Manakala naib juara bagi men’s qualifiers ialah Hassan Rahmat wakil KGM (148 mata) manakala tempat ketiga Lee Ka Tung dari Sibu Golf Club (SGC) dengan 149 mata.

Manakala Mirabel mencatat 212 mata meninggalk­an pesaingnya, Michelle Cottle mewakili Kelab Golf Bintulu (KGB) di belakang dengan kutipan 254 mata sekali gus naib juara. Tempat ketiga disandang Sharifah Aisyah dari KGM dengan kutipan 257 mata.

Mirabel turut cemerlang dalam kategori ladies qualifiers selepas menjuarai kategori itu dengan mengumpul 140 mata manakala memenangi naib juara, Michelle Cottle (166 mata) manakala tangga ketiga Sharifah Aisyah (173 mata).

Mirabel turut merangkul Piala Pusingan Datin Patinggi Datuk Wira Lorna Enan Muloon.

Piala pusingan masing-masing disampaika­n oleh Dr Chan dan Lorna.

Manakala kategori lelaki invited guests system 36 stableford dijuarai oleh Lee Kah Ching manakala wanita dijuarai oleh Fiona Liung Padan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia