Utusan Borneo (Sarawak)

Tersergam indah di sebalik duka

-

VILA GHAZARA… teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara).

Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuniny­a tidak sebahagia yang disangka.

Penuh konflik, Vila Ghazara adalah drama taruhan terbaharu slot Akasia yang membariska­n nama-nama hebat seperti Mustapha Kamal, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Syed Aiman, Aidil Aziz, Haleeda, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Elly Mazlein, Tunku Hanis dan Zaryn Min.

Drama terbaharu taruhan slot Akasia terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd yang diarahkan oleh Feroz Kader manakala skrip oleh Zulfkifli Ahmad & Norimy Omar ini telah mula bersiaran sejak 17 September lepas.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkon­g dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem).

Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurna­an, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anakanakny­a.

Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalk­an Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkar­i arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangan­nya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapny­a.

Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggaka­n berbanding anak-anaknya yang lain.

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancanga­n untuk cucu tunggalnya iaitu Alisha yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterban­g, diberhenti­kan kerja.

Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaika­n Alisha.

Dr. Ghaz kemudianny­a mengupah Arianna (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alisha di rumah.

Rupa-rupanya, Arianna dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Arianna kerana Arianna pernah menyebabka­n Hariz terlepas penerbanga­nnya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan membibitka­n rasa cinta?

Untuk ketahui kesudahann­ya, jangan lupa untuk mengikuti drama Vila Ghazara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysi­a, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @ dramasanga­t.

 ??  ?? SHUKRI YAHAYA HAFEEZ MIKAIL
SHUKRI YAHAYA HAFEEZ MIKAIL
 ??  ??
 ??  ?? AMIRUL FAQEEM
AMIRUL FAQEEM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia