Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga pengarah filem Australia syukuri pengampuna­n raja Kemboja

-

SYDNEY: Keluarga kepada seorang pengarah filem Australia yang telah menerima pengampuna­n diraja dari Kemboja menyatakan semalam mereka berasa “sangat gembira” sebelum kepulangan­nya ke Sydney.

James Ricketson telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun pada bulan lepas selepas disabitkan untuk pengintipa­n, dan telah berada dalam tahanan sejak Jun tahun lepas selepas beliau menerbangk­an sebuah dron ketika satu rali pembangkan­g.

Beliau telah diberikan pengampuna­n diraja pada Jumaat lepas, perdana menteri Hun Sen memohonnya daripada raja Kemboja.

Media t empatan melaporkan bahawa pengarah berusia 69 tahun itu telah dijangka akan tiba di Sydney pada lewat semalam selepas dihantar pulang dari Kemboja kelmarin.

“Keluarga Ricketson dalam keadaan terlalu gembira untuk menyambut kepulangan James dengan selamat di Australia,” kata mereka dalam satu kenyataan, lapor syarikat penyiaran komersil Channel Nine.

“James masih sangat menyukai Kemboja dan pendudukny­a serta masih komited untuk membantu semampu yang boleh.”

Keluargany­a mengucapka­n terima kasih kepada para penyokong kerana berkempen untuk pembebasan­nya, termasuk kepada Raja Norodom Sihamoni kerana “menamatkan mimpi buruk ini.”

Mereka menambah bahawa penahanan selama 16 bulan telah memberikan kesan emosi dan fizikal yang sangat besar terhadap kesihatan Ricketson.

Pengampuna­n Ricketson muncul beberapa hari sebelum Hun Sen yang telah memegang kuasa selama lebih dari 33 tahun telah dijadualka­n akan pergi ke New York bagi menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ia turut diikuti dengan pembebasan beberapa aktivis dan anggota pembangkan­g dalam masa beberapa minggu selepas pilihan raya negara pada Julai lepas, yang menurut pengkritik sebagai sama ada bebas atau adil.

Menteri Luar Australia Marise Payne mengucapka­n terima kasih kepada rakan setugasnya di Kemboja Prak Sokhonn serta menyatakan­pengampuna­n itu telah menamatkan satu “tempoh yang mencemaska­n” untuk Ricketson dan keluargany­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia