Utusan Borneo (Sarawak)

Australia bunuh dua jerung susulan serangan terhadap pelancong

-

SYDNEY: Dua ikan jerung besar telah dibunuh di Australia selepas seorang wanita dan seorang budak perempuan diserang di sebuah kawasan pelanconga­n terkenal di Great Barrier Reef.

Kedua-dua mangsa salah seorang daripada mereka berusia 12 tahun, masih lagi berada di hospital semalam selepas digigit dalam insiden berasingan pada awal minggu ini di Whitsunday Islands.

Deretan tong, yang menggunaka­n cangkuk berumpan bagi menangkap haiwan pemangsa itu, memerangka­p dua ikan jerung harimau, seekor sepanjang 3.3 meter, menurut jurucakap bagi Fisheries Queensland.

“Ketika ikan jerung sebesar saiz ini adalah berpotensi sebagai sangat berbahaya kepada manusia, ia adalah tidak jelas sekiranya ia yang bertanggun­gjawab bagi kecederaan terhadap dua perenang pada minggu ini,” jelas beliau.

“Bangkai ikan jerung akan ditunda keluar dari laut bagi pemusnahan.”

Jurucakap itu menambah bahawa deretan tong akan dibiarkan di tempat tersebut sehingga minggu depan bagi mengurangk­an risiko terha- dap perenang.

Serangan ikan jerung adalah sangat jarang di Whitsunday­s, satu kumpulan bagi beberapa pulau tropika yang menakjubka­n di tengah Barrier Reef, dengan kejadian terakhir dilaporkan lapan tahun lepas, menurut pihak penyiaran negara ABC.

Insiden pada minggu ini telah menimbulka­n perdebatan mengenai bagaimana cara terbaik bagi mengurangk­an risiko bagi pertembung­an sebegini di antara ikan jerung dan jumlah orang ramai yang bertambah menggunaka­n laut untuk rekreasi.

Ramai ahli pencinta alam sekitar dan saintis marin membantah untuk membunuh ikan jerung, dan menegaskan bahawa barisan tong merupakan satu peralatan tumpul kerana ia kerap menangkap haiwan lain.

New South Wales, wilayah yang paling ramai penduduk di negara ini, telah mencuba beberapa langkah yang kurang berbahaya seperti dron udara bagi mengesan pergerakan ikan jerung dan barisan tong “bijak” yang akan memaklumka­n pihak berkuasa mengenai kehadiran mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia