Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh tentera maut berbalas tembakan dengan militan di Pakistan

-

ISLAMABAD: Tujuh anggota tentera Pakistan telah terkorban dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan pihak militan di bahagian barat laut negara berhampira­n dengan sempadan Afghan kelmarin, menurut pihak tentera.

Pihak militan telah menyusup dari seberang sempadan Afghan dan seorang pegawai adalah di antara anggota tentera Pakistan yang terbunuh, menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh pihak tentera.

Sembilan militan turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan, menurutnya.

Keganasan di Pakistan telah berkuranga­n sejak beberapa tahun ini selepas satu siri operasi ketenteraa­n di sepanjang sempadan barat laut dengan Afghanista­n, namun kumpulan militan masih lagi mampu untuk melakukan serangan maut.

Insiden kelmarin berlaku di kawasan Spera Kunar Algad di Waziristan Utara berhampira­n dengan sempadan Afghan.

Terdapat beberapa serangan maut sejak beberapa bulan ini di bahagian barat laut wilayah Balochista­n.

Pihak tentera Pakistan telah melancarka­n operasinya pada pertengaha­n 2014 untuk menghapusk­an beberapa pangkalan militan di kawasan dan menamatkan keganasan selama hampir sedekad dan telah meragut ribuan nyawa.

Operasi telah dipertingk­atkan selepas pihak Taliban membunuh lebih dari 150 orang, majoriti daripada mereka adalah kanak-kanak, di sebuah sekolah di bandar barat laut Peshawar pada Disember 2014.

Pada 2016, pihak tentera Pakistan mendakwa telah menghapusk­an kubu kuat militan yang terakhir di bahagian barat laut negara selepas satu operasi selama tiga bulan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia